Setiap ibu yang bakal melahirkan anak inginkan anak yang dilahirkan sihat dan comel. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diambil berdasarkan petua serta amalan orang dulu-dulu mendapatkan anak yang comel.
Gambar ehsan Google.
1. Mengambil makanan yang berkhasiat
Terdapat beberapa petua yang mengatakan bahawa makanan adalah punca yang menentukan warna kulit anak yang dilahirkan. sebagai contoh, karot baik diamalkan kerana mengandungi vitamin A yang baik untuk memperbaiki penglihatan dan mencantikkan kulit.
Minum air soya kerana dikatakan kulit anak akan menjadi cerah (wallahu'alam). Selain itu, makanan-makanan seperti kurma, delima, kismis dan zaitun baik untuk kandungan dan juga ibu.
2. Jaga mulut dan kelakuan
Si ibu perlu mengawal emosi dan tingkahlaku semasa mengandung. Ada kalanya apa yang kita nampak dan sebut akan mempengaruhi anak yang dilahirkan nanti.
Maksudnya di sini ialah si ibu tidak boleh sewenang-wenangnya berkata-kata yang elok kepada orang lain malah kepada haiwan sekalipun. Si ibu tidak boleh sesekali memukul haiwan kerana dikhuatiri akan terkena 'kenan'.
Walaupun sukar untuk membuktikan kejadian ini, namun banyak kes yang dilaporkan mendapati kenan adalah berhubung kait dengan perkara yang tidak elok yang disebutkan dan dilakukan oleh si ibu semasa mengandung.
3. Amalkan membaca al-Quran
Membaca al-Quran bukan sahaja dapat menenangkan hati malah dengan alunan bacaan-bacaan tersebut, otak bayi akan dapat berhubung dengan baik semasa di dalam kandungan.
Perlu diingat bahawa bacaan al-Quran bukan hanya terhad semasa mengandung sahaja tetapi perlu diteruskan setelah bersalin nanti.
Beberapa surah-surah yang boleh diamalkan semasa mengandung adalah:
- Surah Yusuf - untuk mendapatkan anak yang comel dan berakhlak mulia.
- Surah Luqman – untuk mendapatkan anak yang cerdik.
- Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin.
untuk rujukan masa depan. hikhik. thank you for sharing :)
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.
ReplyDelete