Petua untuk nampak lebih muda. Isu nie selalunya lebih kepada golongan wanita. Orang lelaki mungkin tak berapa ambil peduli sangat. Well, teman sendiri pun mengalami isu ini. Bukan lah nak mengangkat diri, seperti peribahasa "masuk bakul, angkat sendiri". Itulah yang selalu terjadi. Ada sekali tu, semasa menemankan seseorang yang istimewa untuk mengukur baju, tailor tu tanya kepada si Dia, itu adik awak ke? mmm... nampak macam adik ke? mmm... alahai... mungkin setengah orang nampak teman nie muda, pada hal idak la muda remaja mana pun...
Gambar ehsan Google.
Ok berbalik pada perkongsian hari ini. Teman nak kongsikan beberapa petua yang boleh dijadikan amalan seharian. Kesannya, anda akan kelihatan muda dari usia sebenar.
Petuanya di bawah ;
- Minum banyak air suam / air masak. Elakkan atau kurangkan minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan meminum air suam atau air mineral di awal pagi sebelum sarapan. Dengan meminum banyak air bersih, anda mudah membuang toksin di dalam badan serta dapat menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori di dalam badan.
- Kerap bersenam. Bersenam semestinya baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam.
- Selepas bangun tidur, disiplinkan diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.
- Jangan merokok kerana merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
- Cukup tidur dan jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
- Jangan makan berlebihan. Anda perlu makan tetapi jangan makan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia makanan yang sihat.
Semua petua nie perlu dijadikan amalan sehari harian. Barulah ia berkesan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...