Saturday, March 14, 2015

Hotel Review : Parkland Apartment, Cameron Highland

Hotel di Brinchang, Cameron Highland. Percutian di tanah tinggi Cameron Highland. Parkland Apartment. Dah lama juga teman tidak kesini. Biasanya, kalau balik ke Kelantan melalui laluan Simpang Pulai - Gua Musang sesekali tu ada juga la teman singgah disini. Tapi, hampir lima tahun dah teman tidak bercuti disini. Actually, perancangan untuk bercuti di Cameron Highland di buat awal lagi sejak bulan January hari tu. Cadangnya nak ke Penang, tapi bila tengok budget tak jadi la pulak. So, lepas masyuarat suami isteri, kami bersetuju untuk bercuti di Cameron Highland. Kali terakhir lalu melalui Cameron Highland tahun lepas dan cuaca ketika itu panas dan banyak kebakaran berlaku serta penerokaan tanah yang tidak terkawal mengubah iklim di Cameron Highland.



Gambar ehsan Google.

Bila dah buat keputusan untuk bercuti di Cameron Highland, langkah seterusnya ialah mencari tempat penginapan. Zaman sekarang nie nak booking hotel pun bukannya susah sangat. Segala-galanya hanya di hujung jari sahaja. Sangat mudah. Trivago kan ada. Dengan Trivago, kita boleh dapat the best rate for accormodation. Install saja aplikasi Trivago kat gadget kome tu. Bukan itu saja, setiap 10 malam pembelian mengunakan applikasi Trivago, kome akan dapat 1 malam penginapan percuma yang diberikan oleh pihak Trivago. Untungkan.

Perjalanan ke Cameron Highland kali ini teman guna laluan Simpang Pulai - Gua Musang. Jalannya lebar dan agak lurus jika dibandingkan jika guna laluan Tapah - Cameron Highland. Bezanya cuma KM lebih sket jika mengambil laluan Simpang Pulai - Gua Musang. Jalannya pun agak strait, tak la bengkang bengkok jalannya.


Cameron Highland, Pahang

Gambar ehsan Google.

Sebelum check in kat hotel, teman sempat jugalah singgah di Green View Garden dan Bharat Tea House. Singgah untuk makan-makan dan hayati kebesaran Allah yang mencipta alam ini. Alhamdulillah syukur sangat.

Parkland Apartment Brinchang

Dalam pukul 3 petang gitu, teman sampai di Parkland Apartment dan terus check in. Kedudukan Parkland Apartment nie adalah bertentang dengan Hotel Titiwangsa. Untuk urusan check in, tak susah sangat tunjuk je booking receipt yang teman print tu dan bayar RM50 untuk deposit. Masa check out nanti, boleh claim semula deposit tu.

Teman kongsikan peta untuk ke Parkland Appartment nie...


Parkland Apartment Brinchang


Alhamdulillah, kami di tempatkan di tingkat 1, bilik C1. Jadi tak la membebankan sangat untuk naik tangga bagi Aki yang sakit lutut dan Acu yang sarat mengandung tu. Actually, percutian kali ini, teman bawa ayah dan ibu teman. Join sekali, adik ipar teman yang sarat mengandung tu dengan suaminya.


Parkland Apartment, Brinchang


Parkland Apartment

Parking kereta di sediakan. Jadi tak lah jauh sangat nak angkat barang naik ke atas. Untuk pengetahuan, appartment nie lima tingkat dan tidak da lif ye... 

Untuk check in di Parkland Apartment nie pihak Parkland ambil deposit RM50 walau pun teman dah bayar masa booking di Trivago hari tu. Duit deposit nie akan dipulangkan masa check out nanti. Selepas check in, pihak Parkland akan bawa untuk membuat pemeriksaan bilik. Sebaik je pintu dibuka... wow... not bad... boleh tahan juga appartment nie...


Parkland Apartment Brinchang

Nie ruang tamunya... besar... mengadap ke balkoni... Dengan cuaca yang sejuk dan nyaman nie, memang best kalau duduk bersantai di balkoni sambil menikmati suasana petang di Brinchang nie...

Di ruang dapur, ada disediakan set meja makan... Maaf la, lupa pulak nak snap gambar set meja makan tu... Di dapur ada disediakan peti sejuk, cerek elektrik dan set welcome drink.


Parkland Apartment, Brinchang

Sebenarnya, apartment nie dibina di celah lereng bukit. Di tingkat 1, bahagian dapur ada pintu belakang yang mengadap taman bunga kecil. Seronok bila buka pintu, ada bunga-bunga segar dengan keharuman alam yang sukar di nukirkan dengan kata-kata. hehehe... lupa pulak nak ambil gambarnya...

Untuk percutian kali ini, teman ambil apartment tiga bilik. Di Parkland Apartment nie kesemua bilik di lengkapi dengan bilik mandi / toilet. Nie kali pertama check in di apartment yang ada cukup kelengkapan macam nie. Biliknya pun besar.

Bilik master room di lengkapi dengan 2 katil bersaiz king. Memang selesa sangat. Tambahan pula udara disini segar dan nyaman. Sejuk pulak tu.


Parkland Apartment, Brinchang

Cukup lah untuk kami anak-beranak di dalam bilik nie... Bilik mandinya pun luas. Di setiap bilik ada disediakan almari pakaian...


Parkland Apartment, Brinchang

Nie bilik mandi di master bed room... Ada di sediakan air panas... Tak la mandi dalam kesejukkan... :d Yang kasi spoil sket, bila pegi toilet... Tak ada paip berhampiran untuk cuci... Nasib baik la, pekerja di front desk tu sudi pinjamkan cebuk air.


Parkland Apartment, Brinchang

Aki ngan Wan ambik satu bilik... Satu bilik lagi untuk Acu dan Ijan... Nie bilik aki ngan Wan... Nampak kat belakang tu ada taman kecik...


Parkland Apartment, Brinchang

Nie pulak bilik Acu dan Ijan...


Parkland Apartment, Brinchang

Setiap bilik ada bilik mandi sendiri... Best gitu... Tak payah nak berebut-rebut...😋

Bukak je sliding door di balkoni... berderu udara sejuk masuk ke dalam... Nie view dari balkoni Parkland Apartment.





Simpang masuk ke Parkland Apartment betul-betul bertentangan dengan Hotel Titiwangsa. Cuma Parkland Apartment nie di atas bukit.


Pemandangan di waktu pagi sebelum matahari terbit juga sangat menarik...


Bangun pagi, sementara menununggu geng rombongan bersiap, boleh la duduk lepak sambil menikmati suasana pagi di Cameron Highland di taman mini bersebelahan Parkland Apartment. Buat masa ini, cuaca sejuknya masih boleh tahan lagi la. Tak perlu nak pakai baju sejuk. Di taman nie, tak ada banyak sangat bunga-bunga. Cuma ada bunga ros, bird of paradise, beberapa spesis bunga yang teman tak tahu jenisnya.


Bird of Paradise

Seronok rasa bila dapat merasai suasana sebegini. Ok, macam biasa, bila teman buat hotel review teman mesti akan bagi bintang. Mau bagi berapa bintang yee... Ok, macam nie, dari keseluruhan 5 bintang ye...

 Kemudahan yang di sediakan        
 Keselesaan bilik
 Kebersihan
Mesra pelanggan
 Kepuasan keseluruhan

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...