Lemang adalah antara juadah yang wajip ada masa raya. Kome pun tau la kan, nak masak lemang nie ambil masa yang lama, bukan senang. Jenuh menahan panas bara api masa membakor lemang tu. So, ramai yang beli je lemang untuk majlis rumah terbuka raya. Teman sendiri pun tak ingat, bila kali terakhir teman bakor lemang kat kampun dulu.
Kat tepi-tepi jalan ramai yang ambil peluang untuk jual lemang nie. Korang pun mesti selalu beli lemang yang jual di tepi-tepi jalan tu kan. Tapi, korang tahu ke cara memilih lemang yang betul-betul masak? Nie teman kongsikan tips pemilihan lemang yang betul.
1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar
Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak 'wayang' je bakar lemang. Sesetengah orang tu, diorang kukus lemang tu kat tempat lain, dan bawak mai ke gerai diorang dan layur je kat bara api tu.
2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil
Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut mentah.
3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang
Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak.
4. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang.
Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis 'chemical' khas untuk mengelakkan anai-anai makan.
5. Masa pilih lemang yang masak, ambil lemang yang bahagian atas 'kepala' dah kering
Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lemang tu lama sikit, paling lama dalam 2 hari.
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang 'upside down' dan biar dia tegak berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.
7. Cara untuk mengenal pasti lemang yang dah lama dan basi
Sebelum beli lemang, pastikan bau dahulu 'kepala' lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
8. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab.
Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Kome sebagai pembeli ada hak-hak kome semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual ya...
Bab lemang ni biasanya Mak Abah akak buat time raya..x kidah la raya haji ke raya puasa ke..memang buat sendiri..tak pernah beli lagi
ReplyDeleteLama tak makan lemang..teringin juga..tengok masih ramai yang menjual lemang di tepi-tepi jalan..
ReplyDeletesyukran..kena beli lemang ni, utk gather2 hariraya budak2 ofis..
ReplyDeleteGood tips Boleh mama refer nanti tq
ReplyDeletesy kalau nk beli lemang, sy cari yg jual lemang sepanjang tahun bkn muncul time ramadan / syawal shj... contoh lemang pak ali (kt dpn zoo negara tu)
ReplyDeletenice sharing!..cara menyimpan lemang kena terbalikkan tu baru tau....selalunya Sha potong2 siap masuk lam peti sejuk ^_^
ReplyDeletebiasa saya jumpa lemamng yang siap dipotong atau dihiris
ReplyDeletemereka jual bersama kuih dan muih
Terbaik tips pilih lemang :)
ReplyDeleteMaaf la, tak dapat kunjung balas ke blog awak... bila click link awak, dapat notice nie... This blog is open to invited readers only
DeleteMak Mrs. A kadang lemang buat sendiri kalau cukup kayu apinya nak membakar tu.
ReplyDeleteTapi tahun ni beli je dari orang kampung yang memang selalu buat lemang.
Terima kasih kongsi tips beli lemang.