Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian tentang bagaimana kita boleh mendapat pahala sehingga setelah mati. Untuk perkongsian kali ini, teman hanya dapat kongsikan 6 cara iaitu ;
- Beli Al-Quran dan kemudian, wakafkan kepada masjid, surau atau kepada seseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akan mnerima pahala. Sebagai contoh, kita menyumbang senaskah Al-Quran pada pusat tahfiz.
- Sedekah kerusi roda atau kerusi kepada hospital, surau atau masjid. Setiap kali orang sakit yang uzur mnggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
- Turut serta menyumbang dalam pembinaan masjid, sama ada dari segi kewangan, tenaga mahu pun akal fikiran.
- Meletak watercooler di tempat awam. Contohnya di masjid.
- Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibawahnya atau makan darinya.
- Cara yang terakhir dan paling mudah adalah memanjangkan perkongsian ilmu kepada semua orang. Walau pun diri tidak sebaik mana, tetapi dengan memanjangkan perkongsian ilmu oleh para ulama atau tokoh-tokoh agama akan mendapat pahala juga.
Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang dapat menyumbang pahala berterusan kepada kita. Cuma buat masa ini, 6 cara ini sahaja yang dapat teman fikirkan buat masa ini. Tapi, jika solat tidak di jaga, tiada guna juga, sebab solat adalah amalan pertama yang akan di hisab di akhirat nanti.
Semoga perkongian ini memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih Izni atas perkongsian ini, moga kita perbanyakkan amalan mencari keberkatan
ReplyDeleteTq for sharing
ReplyDeletesy teringin nk buat wakaf (teduhan) yg boleh digunakan di tanah perkuburan ketika pengkebumian jenazah...moga2 ada rezeki kelak... aminnn
ReplyDelete