Untuk entry kuliah pagi ini, teman akan memanjangkan perkongsian ilmu oleh Ustaz Don Daniyal berkenaan soal "Halal dan Haram". Soal halal dan haram ini bukan saja berkenaan makan dan minum kita. Malah, ianya adalah lebih dari itu.
Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan.
Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut. Malah, ada lagi sumber lain yang perlu kita elak dari bercampur dengan darah daging kita.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu... atau pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet offis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke offis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah datang tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri.
Betul tu. Jgn main2 dgn segala perkara
ReplyDeleteRamai yang belum sedar tentang perkara haram tu kan
ReplyDeletepsl pemandu teksi tu sy teringat cerita seorg kwn. ada seorg hamba allah ni. dia keje kt slh sebuah jabatan govt. dtg keje mcm biasa. lps punch card, trs hilang. sblm kol 5 muncul blk utk punch card. rupanya dia hlg tu sbb keluar bw teksi... alahaiiiii
ReplyDelete