Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan insan yang sangat penting dalam hidup kita. Insan itu adalah Ayah dan Ibu kita. Tanpa mereka, siapa lah kita di dunia ini. Mereka sanggup mengorbankan apa saja demi untuk melihat kita membesar, sihat, mendapat ilmu dan kebahagiaan kita. Bila kita sudah dewasa dan mampu untuk berdikari sendiri, tibalah masanya untuk kita untuk berbakti kepada mereka.
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ
Dari Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Orang tua ibarat penengah pintu-pintu syurga, oleh kerana itu (jika kamu mahu) kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh jaga ia baik-baik."
(Sunan Ibnu Majah No: 3653) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ibu bapa ibarat pintu syurga bagi setiap anak.
2. Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa nescaya Allah akan memberikan ganjaran syurga.
3. Al-Qadhi Baidhawi menyatakan; Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’
(Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).
4. Anak-anak yang tidak berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, akan terlepas peluang ke syurga.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ
Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)." (HR Muslim No: 4628) Status: Sahih
Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa.
Semoga kita semua berbakti kepada ibu bapa kita sebaik mungkin
ReplyDeleteMoga Allah sentiasa lapangkan kita anak-anak agar dapat terus berbakti pada ibu bapa..aamiin...aamiin..aamiin.
ReplyDeleteperkongsian yang besar manfaatnya..
ReplyDeletesemoga ibu dan bapa kita semua terus diberi nikmat sihat dan panjang umur agar kita lebih lama berbakti untuk mereka
yg masih punya ibu bapa berbaktilah selagi ada hayat mereka kerana merekalah pintu rezeki anak2
ReplyDeleteJanganlah kita berkira dengan kedua ibu bapa kita takut menyesal di kemudian hari.
ReplyDeleteWalaupun mereka telah meninggal Kita masih boleh berbakti kpd mereka. Hari ini genaplah 4 tahun mak mama pergi.alfatihah
ReplyDeleteMungkin ni hikmahnya sy x ditemukan jodoh lg sbb Allah nk bg sy peluang berbakti pd makayah.. Adik beradik sy yg dh selamat kahwin x dpt peluang ni..
ReplyDelete