Pernah juga teman terfikir tentang masa depan diri ini. Maklumlah, teman ada anak sorang je... Itu lah satu-satunya permata hati teman nie... Macam mana la agaknya nanti ya... Tak apalah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Kita hanya mampu membuat perancangan, namun Allah jua yang membenarkan perancangan tersebut berlaku.
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak...
Di tangan suami...
Di tangan isteri..
Walhal yang jaga kita itu ALLAH.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60..70..80.. masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki. Dan rezeki itu hak Allah. Yakin... yakin... yakin...
Jangan kita runsingkan kerja Allah. Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni. Entry blog pun banyak yang tersadai di draft.
Jangan runsing belum ketemu jodoh. Jangan gusar belum ada zuriat. Jangan sedih hanya kerana beranak sorang. Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki. Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat bila kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan "eh nanti tua siapa nak jaga kau." Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti. Sempat ke kita tua?
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah. Dan Allah itu adil. Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kepada Allah, itu yang paling penting.
Pendek kata... ALLAH ADA..
Mudah2an perancangan Allah yang baik2 untuk kita di hari tua nanti.
ReplyDeletehmm , paling tak suka kalau ada orang yang selalu pertikaikan rezeki Allah nie . Dia lupa ke semua tu Allah yang tetapkan . Bukan sekali mintak terus dapat ! Semoga kita semua tetap positif , sentiasa dimurahkan rezeki dan dalam rahmat Allah swt .
ReplyDeletesemoga Allah lindungi kita semua. Aaminn
ReplyDeleteSemoga Allah menjaga kita. Aamiin...
ReplyDeletethe same thought yang selalu ada dalam kepala ct juga. plus kite tak kawen lagi jadi fikiran tu dok fikir kot lain juga.. tapi apa2 pun Dia sentiasa ada dan kena doa banyak2 semoga semuanya baik2 saja..
ReplyDeleteperkongsian menarik dan saya setuju..
ReplyDeleteterfikir juga..bila dah tua ( kalau sempat)
siapa yang nak jaga..
harap anak-anak ada ihsan kepada orang tua mereka nanti
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungannyeee.
ReplyDeleteSemoga kita semua dalam lindungannya. Salam kenal . kita baru aktiv kembali berblog harap sudi jalan n follow kita balik hehehe. DOne foolow sini.
ReplyDelete