Friday, January 4, 2019

Twin Damia, Dania and Rayyan Thalassemian Journey

Umat Islam adalah bersaudara. Saudara kita ini sedang di landa dugaan yang berat sekali. Bak kata pepatah, "Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul". Naluri seorang ayah, terdetik untuk turut membantu seorang kenalan yang teman kenali di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) semasa mendapatkan rawatan untuk permata hati teman,

Teman faham sangat bagaimana perasaan "Ayah" ini sebab teman pernah merasai perasaan ini. Naluri seorang "Ayah" sanggup gadaikan nyawanya andai kata dengan cara itu mampu untuk memulihkann kembali kesihatan anakanda tersayang. Tapi, apakan daya... Itu adalah ujian dari yang maha esa untuk menguji iman dan kesabaran hambanya.


Allah berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 286 :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Dengan itu, teman memanjangkan perkongsian "Ayah" ini bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk rawatan anaknya. Bagi kome yang berada di sekitar Lembah Klang, boleh la datang untuk ziarah mereka di wad NICU SJMC. Kome boleh juga berkunjung ke laman Facebook milik keluarga ini disini untuk mengikuti perkembangan Damia dan menyalurkan sumbangan.

Sama-samalah kita bantu keluarga ini untuk mengumpul dana bagi rawatan anak mereka. Insya Allah, infak yang kita buat ini ada ganjarannya di sisi Allah. Teman harap, kome boleh panjang-panjangkan perkongsian ini untuk membantu keluarga ini ya...


6 comments :

  1. moga2 akan ramai yg akan menyumbang

    ReplyDelete
  2. mcm nama anak buah saya - Damia & Dayana...marilah sama2 kita membantu mereka..

    thanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan twin Tu. Boleh Rasa mcm mana perasan ayah diorg kalau anak sakit original mcm tu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua, teman ingin berkongsi berita sedih ini...

    Salam all, sadly to inform, adik Nureen Dania telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi 9 Januari, 2019 jam 9:12 mlm di SJMC, semoga rohnya ditempatkn dikalangan org2 beriman, jenazah akan dikebumikan di manjung esok pagi InsyaAllah, terima kasih semua yg mendoakan dan menghulurkan bantuan, hanya tuhan sahaja yg mampu membalas. Maaf kami cuba sedaya upaya namun tuhan lebih menyayanginya...

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...