Sunday, December 2, 2018

Kuliah : Bila Allah menjemput pulang

Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian ini buat semua. Segmen kuliah pagi ini adalah berkenaan “Bila Allah menjemput pulang”.

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...

Di jemput pulang

Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun... boleh menjadi faktor takutkan kematian...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak-banyak, tak sabar pula ingin pulang ke akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira.

Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana..

Begitulah Akhirat..

Kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana... Mahligai pun telah tersedia... Rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat... Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal... Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.

Rasulullah ๏ทบ  telah bersabda,

Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 perkara dan lupa kepada yang 5 perkara.

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

[Imam Ghazali ]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)



8 comments :

  1. moga kita x lalai dgn dunia dan seisinya hgga lupa bekalan utk dunia abadi

    ReplyDelete
  2. Semoga kita membawa amalan yang sepatutnya untuk ke sana

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat bagus :)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah mohon tetapkan iman kami agar tak cinta Dunia..kami insan yang lalai ya Allah. terima kasih perkongsian ini ya..

    ReplyDelete
  5. TQ atas peringatan ini .. akhirat itu pasti semoga Kita semua mendapat husnol khotimah

    ReplyDelete
  6. Bila tiba masanya, pasti kita akan dijemput ke sana.

    ReplyDelete
  7. Semoga dijauhkan dari segala sifat lalai dan cintakan dunia.
    Semoga kita umat islam sentiasa diberi hidayah dan petunjuk ke jalan yang diredhoi

    ReplyDelete
  8. Mudah2an kita pulang ke sana dengan bekalan yang mencukupi

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...