Istilah kanser atau barah merangkumi sekumpulan penyakit yang bercirikan pertumbuhan sel yang tidak normal. Kanser ini ibarat pekung, tiada fungsinya kepada badan dan jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membawa kemudaratan dan maut. Namun jika diberikan rawatan awal dan sewajarnya, ia mampu diatasi dan kita mungkin dapat menjalani kehidupan baru dengan kanser yang lebih bermakna dan dihargai Bersama-sama yang tercinta.
Mengapa pertumbuhan sel normal menjadi bercelaru pada kanser?
Tubuh kita terbentuk dari struktur asas dipanggil sel. Terdapat bertrilion-trilion sel pada badan yang membentuk tisu, organ dan sistem badan. Di dalam setiap sel ada gen (genes) yang mengkodkan fungsi-fungsi sel dan mengawal kadar pertumbuhan sel. Sel-sel yang normal mengalami pertumbuhan secara teratur dan terkawal.
Kanser terjadi setelah beberapa proses (yang berbeza tetapi bersaling kait antara satu sama lain) berlaku pada sel badan kita, menghasilkan beberapa mutasi pada gen dan akhirnya sel-sel berubah menjadi sel kanser. Sel kanser tumbuh liar dan bercelaru tidak seperti sel noirmal, seterusnya ia boleh menjalar dan merebak ke organ lain.
Apakah proses -proses tersebut?
Secara amnya, penyebab sebenar kanser tidak diketahui. Namun, proses- proses seperti penuaan, merokok, pendedahan pada bahan kimia atau radiasi, terlebih hormon, jangkitan virus, alkohol dan obesiti antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kanser. Setiap proses mengambil masa bertahun-tahun bagi mengubah sel normal menjadi kanser. Jadi, mengubati penyakit seperti kanser tidak mudah. Kanser bukan penyakit biasa-biasa.
Mengapa kita jangan membuang masa jika kanser dikesan pada badan kita?
Diagnosis kanser hanya boleh dibuat setelah pasukan doktor yang merawat menjalankan prosedur biopsi iaitu pengambilan sedikit sel atau tisu kanser bagi ujian patologi pengesahan kanser. Selanjutnya pemeriksaan lain bagi menahapkan kanser (staging) dijalankan dan rawatan sesuai di ajukan pada pesakit oleh pasukan perubatan yang merawat pesakit seperti pakar bedah, onkologi dan lain-lain.
Kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal! Jangan takut untuk tampil di periksa sekiranya anda mempunyai apa-apa simtom. Bertemu dengan doktor atau doktor pakar, seawal mungkin.
Kanser tumbuh secara eksponen. Peringkat awal pertumbuhan agak lambat dan biasanya kanser belum dapat dikesan di badan. Lagi kecil saiz kanser, lagi rendah tahapnya dan lagi tinggi potensi untuk sembuh. Namun seperti kecil-kecil cili api, kanser sebesar kacang tanah pun mengandungi 1 juta-400 juta sel. Jadi bila kita bertangguh untuk merawat kanser, jumlah sel berganda, lagi besar kanser, lagi tinggi kadar pertumbuhannya, lagi agresif perangainya dan jauh rebakannya.
Jangan bertangguh berjumpa doktor tetapi ambil masa yang sesuai untuk asimilasi penyakit.
Setiap pesakit perlu masa secukupnya untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan dignosis, berdoa, berbincang, mencari pendapat dan merancang perawatan. Namun, don't take too long as it can be detrimental. ambil sedikit masa untuk cari ilmu dan panduan dari yang sahih. Jangan terpedaya dengan golongan yang memperdaya atau yang memberi pendapat yang tidak logikal atau sejujurnya lebih kepada nak menipu kita. Minta sokongan dan hargai kasih sayang dari pasangan, keluarga dan rakan taulan yang hadir untuk menguatkan semangat kita menghadapi kanser dan padatkan dada dengan ilmu untuk memahami dan menangani hidup dengan kanser.
Ohh Takkan jadi pada saya kot… saya sangat jaga kesihatan...
Kanser tak mengenal usia, warna kulit, agama, darjat , tahap kesihatan atau keaktifan atau siapa kita. Jadi sekiranya anda tidak mempunyai ahli keluarga terdekat atau jauh yang mendapat kanser tidak bermakna anda tidak akan dapat kanser. 85% daripada pesakit kanser tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga.
Fakta yang telah jelas dikatakan bagi sesiapa yang mahu mengurangkan risiko kanser ialah 40 % daripada kanser boleh dielakkan jika kita :
Tidak merokok-kita harus meninggikan kesedaran mengenai akibat merokok. Selain menyokong semua usaha ke arah udara bersih tanpa asap rokok.
Jaga berat badan dan elak obesiti- Setiap orang ada berat badan yang ideal. Terlalu kurus ( underweight) tidak semestinya baik kerana tulang lebih rapuh apabila tua dan mudah patah (osteoporosis). Berat badan berlebihan perlu diturunkan perlahan2 tanpa apa2 tindakan drastic atau diet yang melampau. Bukan semua makanan gantian yang efektif. Jaga2 akan jualan yang ‘superclaim’. Bincang dengan dietitian atau doktor untuk buat program yang bersesuaian dengan umur, masa , penyakit dan tahap fit badan kita.
Senaman secara kerap dan biasakan diri aktif – aktif dari segi fizikal dan bukan di media sosial sahaj ya..) Bagi yang tiada masa atau ada kekangan kewangan, boleh lakukan senaman di rumah atau taman tanpa pergi gim berbayar. Buat yang kita mampu setiap hari seperti berjalan laju, naik tangga dan elak menaiki lif, berkebun dan sebagainya.
Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran- pada setiap rutin diet kita jika boleh ada buah atau sayur. Tidak perlu cari atau beli buah yang eksotik atau mahal atau organik atau wajib berbagai warna seperti yang banyak diuar-uarkan di internet. Jika buah itu tergolong dibawah kategori buah atau sayur yang halal dimakan dan tidak beracun maka ambillah tanpa was was. Yang penting kuantiti dan kesegarannya. Juicing boleh juga dilakukan jika suka tetapi makan yang segar lebih mudah dan jimat belanja bagi sesetengah orang. Makan makanan dengan seimbang seperti di piramid makanan tapi dalam kuantiti sederhana, mengikut keperluan tubuh, usia atau penyakit-penyakit lain dalam badan kita dan proses rawatan kita.
Kurangkan makan makanan yang berproses atau tinggi kalori dan tinggi kandungan lemak dan gulanya . Sesekali menjamah tetapi dalam jumlah yang sedikit tak mengapa. Makanan yang bersih, segar, baru disediakan dan kurang diproses adalah paling baik. Makan dalam kuantiti sedikit/sederhana tetapi kerap supaya kita bertenaga. Makan ni bukan sahaja ‘food for energy but also food for the soul. Makan bersama keluarga, bersama teman adalah penting untuk membaja kasih sayang dan perhubungan kita sesama umat manusia. “Be kind to ourselves” dan raikan orang sekeliling yang bersama-sama kita dalam ‘ cancer journey’ ini.
Ambil vaksin - Jangkitan virus seperti HPV, HIV dan hepatitis B dan C boleh menyebabkan kanser. Virus seperti HPV atau hepatitis B boleh dikawal jika kita mengambil vaksin. Vaksin HPV misalnya boleh kurangkan risiko kanser serviks, vagina, mulut dan bahagian dubur. Vaksin Hepatitis B untuk elakkan kanser hati yang mana lebih 50% kanser hati disebabkan jangkitan Hep B.
Guna sunscreen kalau berpanas-panas di luar- dedahan pada cahaya UV boleh menyebabkan kanser kulit. Negara kita ini panas, jadi kurangkan berjemur di panas lama-lama dan guna sunscreen selalu.
Praktiskan dan promosi pada keluarga kawan-kawan atau rakan di ofis untuk buat ujian saringan kanser – kanser payudara, kolon, serviks, paru-paru semua ada ujian saringan yang bersesuaian dan tertentu untuknya. Bertanya pada doktor apa indikasi dan bagaimana untuk buat screening ini. Bagi yang bekerja, cuba saran atau lobi boss atau bahagian HR untuk galakkan atau hoskan ujian saringan kesihatan untuk kakitangan. Ujian tumour marker atau ujian health screening boleh dibuat sekiranya tealh berbincang dan diperiksa doktor anda dan disarankan oleh doktor tersebut. Sekiranya ada keputusan ujian yang ‘ suspicious”, berjumpa dengan doktor pakar yang bersesuaian.
Saya rambut hitam, kamu rambut blonde tapi dua dua pun rambut? Setiap kanser adalah unik. Setiap pesakit kanser berbeza.
Kita harus eakkan dari memberi nasihat sekiranya ia tidak tepat dan mungkin mengelirukan pesakit atau keluarga pesakit yang beremosi rapuh. Setiap kanser adalah unik. Setiap pesakit kanser berbeza. Lebih baik kita unjurkan bagi mereka berbincang apa-apa isu dengan pasukan yang merawat mereka.
Apabila bertanya soalan mengenai kanser kepada doctor, perlulah spesifik jadi tidaklah jawapan atau saranan diberi tersasar dari objektif pertanyaan kita.
Unsur utama dalam mengatasi kanser adalah ilmu. Empowering ourselves jadi kita di saf depan apabila merujuk ke semua perkara mengenai kanser kita. Ambil tahu- apa nama kanser, apa bahagian kanser?, tahap apa, apa rawatannya?. Berapa lama. Apa kesan sampingannya?. Ada rawatan susulan dan lain2? Jika tak pasti, tuliskan dan bertanya lagi. Anggap lah diagnosis kanser sebagai anugerah yang membawa suatu kebaikan yang bererti pada kita dan keluarga dan orang lain.
#Saya sudah bebas kanser!
Ada pesakit kanser berada pada peringkat awal dan ada yang berada pada tahap 4 (advanced stage) dan semua pesakit ini boleh diiktiraf sebagai cancer survivor. Pesakit pada tahap awal melalui rawatan kanser dengan tujuan penyembuhan maka segala rawatan yang diberi bertujuan untuk membunuh kanser sehingga ia tak dapat dikesan di dalam badan selepas rawatan itu selesai. Ini dipanggil ‘remission atau kanser terkawal’. Ia bermakna tiada kanser ditemui samada melalui pemeriksaan fizikal, ujian makmal atau PET scan, CT scan, ultrasound, scan dll ketika pesakit dating follow up.
Ada kemungkinan kanser masih ada tapi di bawah radar detection. Jadi kami oncologists jarang declare pesakit ' bebas kanser'. Pesakit masih perlu follow up untuk mengesan kanser berulang atau untuk menangani awal jika pesakit mendapat kanser jenis lain pada masa akan datang.
Pesakit advanced stage biasanya akan menjalani rawatan yang hanya mengawal kanser maka ia boleh berterusan tanpa henti mengikut keadaan/ situasi penyakit.
A new normal.
Sewaktu rawatan telah habis, pesakit memasuki fasa 'a new normal' samada di rumah, di tempat kerja atau di mana2. Ada pesakit merasa ‘ lost’ atau “overwhelmed” apabila masuk ke fasa ni. Perasaan itu seperti yo yo, antara excitement dan 'feeling down or low'. Sesekali mereka rasa begitu lonely. Sesekali mereka mendapat serangan ; anxiety atau ada yang boleh kemurungan. Jika pesakit sedar akan symptom ini saya sarankan untuk tarik nafas dalam-dalam dan berkata pada diri sendiri – I would like to be kind to myself.
Perkara ini perlukan masa dan setiap pesakit berbeza. Again saya ingin highlight di sini yang BE KIND TO YOURSELF. Kasihani diri anda dan kasihi diri anda. Tidak dapat mengatasi proses-proses murung, panic attacks, anxiety - bincang dengan doktor anda, boleh jumpa dengan kaunselor, psychologist, psychiatrist, accordingly.
Perkongsian dari :
Dr. Mastura Md Yusof
Consultant Clinical Oncologist
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...