Thursday, November 15, 2018

Petua: Mencegah rambut beruban sebelum waktunya

Rambut beruban pada usia muda. Inilah antara perkara yang menakutkan bagi kebanyakkan wanita. Walau pun bertudung, masalah ini tetap merunsingkan dan mengundang stress. Terutama ketika membuka tudung di surau untuk mengambil wudhu. Ada je mata yang memerhati “muda-muda lagi, rambut dah beruban”. Kita nie hanyalah manusia biasa. Bukanya boleh menentukan uban tumbuh atau pun tidak.

Ada yang kata, rambut beruban nie berpunca dari genetik, keturunan dan ada juga yang berpendapat faktor permakanan yang menjadi penyebab utama rambut beruban. Ada ke cara untuk merawat masalah rambut beruban sebelum tiba waktunya?


Rambut beruban

Gambar ehsan Google.

Dalam entri hari ini, teman memanjangkan perkongsian petua untuk mengatasi masalah rambut beruban di usia muda dengan mengunakan 4 bahan utama ini.

  1. Segenggam daun kari
  2. Segenggam daun inai
  3. 10ml minyak kelapa
  4. Plain yogurt

Campurkan kesemua bahan ini dan kisar sehingga halus. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam.

Sebelum mengunakan petua ini, sediakan bahan-bahan di bawah;

Ambil 2-3 hirisan lemon dan di sapukan atau sentalkan pada keseluruhan bahagian kulit kepala. Setelah itu, sapukan bahan yang dikisarkan itu sambil mengurut kulit kepala. Kemudian pakai shower cap dan biarkan selama 30 minit hingga 1 jam.

Setelah itu bersihkan dan bilas rambut dengan air dingin. Guna sikat bergigi rapat untuk membuang saki baki bahan ramuan yang masih terlekat di rambut. Bersikat juga mampu melancarkan peredaran darah di kepala.

Penggunaan daun kari dalam petua ini bermanfaat untuk rambut;

  1. Menggalakkan pertumbuhan rambut.
  2. Menguatkan akar rambut
  3. Membantu mengurangkan masalah keguguran rambut.
  4. Mengatasi masalah uban.
  5. Memekatkan warna dan melebatkan rambut.
  6. Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur.
  7. Mengelakkan dari rambut bercabang dan kering.

Selamat mencuba ya...

6 comments :

  1. Ialah walaupun bertudung tapi bila time kerja solat kat surau tu segan jugaklah sebab ada uban hiks!
    Biasa Mrs. A cabut jer... mujurlah tak banyak

    ReplyDelete
  2. Wah, berguna juga daun kari tu rupanya selain masak. Nice info...

    ReplyDelete
  3. takut pula muda2 dah beruban nnt.. hehe

    ReplyDelete
  4. Good tips rambut mama start Ada uban srmenjak sekolah menengah lagi mungkin sebab jenis rambut yg kasar mmg mudah kena uban

    ReplyDelete
  5. lemon mmg terbukti keberkesanannya

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...