Perkongsian dalam segmen kuliah pagi ini berkisar “Persoalan Islam”. Ambil pedulikah kita pada agama Islam yang syumul ini? Akhir-akhir ini ada segelintir golongan baik masyarakat Islam yang berfikiran liberal atau sekular mahu pun mereka yang kafir cuba untuk mentafsir Islam dari kaca mata mereka yang terang-terang bertentangan dengan akidah Islam.
Berikut adalah nasihat Imam al-Ghazali
"Barang siapa tidak peduli terhadap nasib agama, berarti ia tidak punya agama, barang siapa yang semangatnya tidak berkobar-kobar jika agama Islam ditimpa suatu bencana, maka Islam tidak butuh kepada mereka." (Imam al-Ghazali).
Hak muslim untuk membela saudara dan akidah Islam.
"Kezaliman akan terus ada, bukan kerana banyaknya orang-orang jahat. Tapi kerana "diam"nya orang-orang baik."
(Ali bin Abi Thalib r.a).
Semangatlah Saudara-saudariku! Jangan sampai hatimu padam dari cahaya iman dan Islam. Yakinlah setiap kesusahan pasti ada kemudahan.
Meskipun kita bukan orang-orang yang soleh tapi semoga dengan mencintai orang-orang soleh kita akan mendapatkan syafaat mereka kelak.
Semoga lebih ramai buka mata
ReplyDeleteTQ kerana mengingatkan.. good sharing
ReplyDeleteya, betul, sebagai Muslim, kita kena peka dengan isu2 melibatkan agama & umat Islam..kena cakna dgn kemaslahatan umat & kebajikan masyarakat terutama umat Islam..
ReplyDeletePeringatan yang baik. Salam Maulidur Rasul 😊
ReplyDeletetapi sekarang peduli ttg agama bila dicabar or dinafikan hak... hakikatnya ajaran agama pun dipandang enteng
ReplyDeleteYes... Setuju sangat dengan awak... Solat berjemaah di surau atau masjid pun susah... Tapi bila orang kafir mempertikai atau menyentuh isu berkenaan Islam, laju je nak merusuh... Nampak sangat iman setipis kulit bawang...
Deleteteman juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri ini...