Monday, December 31, 2018

Zon larangan merokok

Tak sabarrrnyerrrr menunggu Januari 2019... Selepas ini golongan penghisap dah tak boleh hisap rokok sesuka hati lagi di kawasan awam yang telah di gazetkan kawasan larangan merokok. Besttttt! sangat bila kerajaan PH mendengar keluhan masyarakat bawahan nie demi menjaga kesihatan mereka. Padan muka deme.

Zon Larangan Merokok

3 meter beb, dari restoran atau kedai makan...

Tak sabarrrr nak tengok lelaki-lelaki berlagak macho sedunia nie di sekat dari aktiviti menghisap di tempat awam nie. Dah la merokok tu beracun, kalau diri sendiri je yang sakit kena barah ke apa... lantak kome laa... nie orang lain yang tak merokok pulak terkesan akibat perbuatan mereka tu.

Lelaki sejati tak merokok sebab apala sangat dengan asap tu kan.

Rokok bukan sahaja merosakkan diri yang menghisap tetapi juga orang lain yang tersedut asap perokok. Perokok itu merosakkan diri dan insan sekitarnya. Hanya orang yang tidak beradab dan bertamadun sahaja yang merokok di kawasan awam. Perokok di kawasan awam sebenarnya perosak kesihatan masyarakat dan penganggu kesejahteraan umum.

Teman tak suka benor orang yang merokok nie... bukan setakat baju teman lekat dengan bau rokok dema tu, tekak teman nie seolah-olah makan asap rokok pulak... teruk betul golongan penghisap nie...

Larangan merokok

Mereka memang tahu merokok itu haram bagi umat Islam. Tapi ada juga yang saja-saja buat tak tahu dan ada yang beria-ria menentang larangan tersebut di mahkamah. Ada juga yang menyalahkan "kalau rokok itu haram... Kenapa jualnya? Tapi yang pelik bin ajaib, mereka dah tau rokok itu haram... tapi kenapa errk pegi beli...

Ada yang lagi hebat menunjukkan kebijaksanaan mereka dengan buat video nie...🥴🥴🥴😋😋😋



Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan di sebuah lokasi di negara kita ini yang terlebih dahulu menyediakan satu lokasi khas untuk kaum penghisap membuat aktiviti hisapan mereka itu. Pihak premise tersebut telah menyediakan satu bilik khas yang selesa untuk kaum penghisap ini. Klik disini kalau kome berminat untuk membaca entry tersebut.

Bilik merokok
Mungkin pengusaha restoran boleh ikut cara nie... Apa pun, cara yang terbaik pun adalah berhenti merokok. Umat Islam tidak perlu merokok. Merokok melemahkan ummah.


Tribute to our sunken HERO

Boleh dikatakan tahun 2018 nie adalah tahun berdarah buat pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sepanjang tahun ini, ada je berita sedih yang mengakibatkan kehilangan nyawa anggota pasukan Bomba dan Penyelamat. Mereka adalah pasukan yang berani berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain. Bukan calang-calang orang yang mampu untuk mengalas tanggungjawab sebegini. Bukan sekadar nyawa yang mereka korbankan, malah mereka juga korbankan masa untuk bersama anak-anak, isteri serta keluarga dan sanak saudara. Nak jumpa masa kenduri pun susah.

Info ini adalah sebahagian dari pengorbanan anggota pasukkan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bayangkan mereka ini bertugas selama 12 jam sehari mengikut giliran dan hanya di beri 24 jam Off Duty. Sempatkah mereka ini untuk bersama keluarga tersayang dan menziarah ayah dan ibu mereka di kampung? Memang lah sebagai penjawat awam mereka ini di beri cuti yang agak banyak juga untuk di habiskan. Tetapi jika kekangan kekurangan anggota krew di station, macam mana nak cuti panjang erkk? Pasukan ini juga tak terlepas dari kecaman netizen yang hanya berani di keyboard saja. Netizen hanya pandai mengecam, menghina tapi tak pandai untuk menghargai jasa dan pengorbanan orang lain. 

Mari baca antara luahan hati anggota pasukan Bomba dan Penyelamat disini.

Harap-harap pihak berkenaan dapat menambah baikkan kebajikan dan kesejahteraan buat anggota pasukkan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bukan apa, pada pendapat teman apa yang mereka perolehi sekarang nie tak setaraf dengan pasukan beruniform yang lain.

Arwah Abu Zarin, terkorban ketika menjalankan tugas menangkap ular berbisa. Kome boleh baca di akhbar untuk berita tersebut disini.

Abu Zarin
Gambar ehsan Google.

Ini pula kisah tragik yang menimpa 6 anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Izatul Akma Wan Ibrahim, Muhammad Hifdzul Malik Shaari, Mazlan Omarbaki, Adnan Othman, Mohd Fatah Hashim dan  Yahya Ali yang terkorban ketika di dalam misi mencari dan menyelamat di dalam air. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga anggota terbabit. Kome boleh baca kisah tragik ini disini.

Our Hero

Gambar ehsan Google.

Ini pula kisah yang menyayat hati apabila anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ni di bunuh ketika  dalam operasi untuk memadam kebakaran dalam satu rusuhan di sebuah tokong hindu di Puchong.

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Gambar ehsan Google.

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib, semoga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sama-samalah kita doakan dan membuat solat hajat semoga keadilan buat Allahyarham tercapai.

Sebagaimana yang telah kongsikan di atas, pasukan Bomba dan Penyelamat juga tak terlepas dari pelbagai tomahan oleh netizen. Teman kecewa juga dengan golongan nie. Golongan-golongan nie la yang akan seakan-akan mati jika tiada sambungan ke internet. Mereka mati kutu dan tak tau nak buat benda lain kot kalau tak dapat sambungan ke internet untuk membuat kritikan tanpa usul periksa.

Dalam kejadian gempa yang berlaku di Gunung Kinabalu pada Jun 2015 yang mengorbankan 18 pendaki. Kome boleh klik disini untuk membaca berita tersebut. Disebabkan gambar ini, anggota pasukan Bomba dan Penyelamat itu di kritik dan di hina. Bayangkan, dengan hanya sekeping gambar saja tanpa usul periksa, para netizen nie boleh mengeluarkan kata-kata kesan sehingga boleh menjatuhkan aib dan maruah orang lain.

Gempa di Gunung Kinabalu

Gambar ehsan Says

Anggota terbabit ialah Jimmy. Kome boleh klik disini untuk membaca artikel penuh berkenaan.

Entry nie juga teman tujukan buat adinda teman yang bertugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat di Lembah Klang. Adinda teman pernah juga mendapat liputan dan nasib baik tidak mendapat kritikan dari netizen hampeh tu...😅 Kome boleh klik disini untuk membaca entry tersebut.

Apa pun, teman tabik hormat buat semua anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat. Mungkin lepas nie  akan ada filem Abang Bomba pula...


Sunday, December 30, 2018

Kuliah : Ujian kehidupan

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan ujian atau dugaan dalam kehidupan ini. Ketenangan hanya akan tercapai apabila kita menjejak kaki di syurga. Benar-benarlah yakin segala-galanya atas kehendak Allah.

Dunia adalah pentas ujian. Tiada siapa pun terlepas daripada ujian termasuk para nabi. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Ilmu kita hanya secebis sahaja berbanding kuasa Allah. Kita harus sedar bahawa kita hanyalah hamba dan mesti memohon pertolongan Allah.



Gambar ehsan Google.

Tiada sesuatu atau harga yang boleh menghalang kehendak Allah. Sesunguhnya terlalu banyak nikmat Allah kepada kita. Keikhlasan adalah tunjang utama dalam memahami makna musibah @ bencana @ ujian kehidupan. 

Masyarakat memerlukan pemimpin yang adil dan ikhlas dalam menguruskan bencana atau musibah. Sebaiknya, tatkala musibah melanda, kita mestilah menyemak kembali hubungan kita dengan Allah, kepatuhan kepada suruhanNya. 

Sesungguhnya, Allah maha pengampun dan lagi mengasihani. Sentiasalah berbaik sangka kepada Allah. Apa sahaja musibah berlaku adalah kerana sayangnya Allah kepada kita. Musibah membolehkan kita terhapus dosa-dosa kecil dan Allah mengangkat darjat kita. 

Sama samalah kita berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan musibah yang kita tidak mampu melaluinya. Allah tidak memberati seseorang melainkan ia mampu memikulnya. Wahai Tuhan kami, jangan Engkau memberati kami dengan sesuatu yang kami tidak mampu memikulnya.


Saturday, December 29, 2018

Kuliah : Adab menziarahi pusara

Sekadar memanjangkan perkongsian ilmu ini kepada semua. Kuliah Dhuha ini telah di sampaikan di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara yang menyentuh berkenaan "Adab menziarahi pusara atau kubur", terutama pusara ibubapa.

Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Pusara

Gambar ehsan Google.


Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a hadis Rasulullah s.a.w :

Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah s.w.t.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yang taat.

Ketika dikubur :

  1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti “Assalamualaikum mak/bapa”. Roh mendengar dan menjawab salam.
  2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.
  3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.


Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.“`

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Thursday, December 27, 2018

Petua : Untuk merawat kencing manis

Kencing manis atau Diabetis, merupakan antara penyakit yang paling banyak di hidapi oleh masyarakat kita di Malaysia. Ada antara mereka yang menghidapi penyakit kencing manis ini dari usia seawal 20an. Mungkin disebabkan cara hidup dan permakanan mereka tidak di jaga, golongan ini mudah mendapat penyakit kencing manis.

Rebung Buluh Kuning

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan petua untuk merawat penyakit kencing manis sebagai satu pilihan rawatan alternatif. Sebelum membuat kome membuat petua ini, kome perlu dapatkan bahan-bahan ini;
  1. Sekati rebung buluh kuning
  2. Kerang (anggaran dalam setengah kilo)
  3. Periuk belanga tanah
Ok, begini caranya untuk membuat petua ini. First thing to do, bersihkan rebung tersebut dan potong kecil-kecil. Kemudian, bersihkan kerang tersebut seperti biasa. Jangan pula di buang kulit kerang tu. Setelah itu, masukkan kesemua bahan ini ke dalam periuk tanah dan rebus bersama setengah liter air dengan api perlahan. Rebus sehingga air tersebut tinggal satu per empat.

Sejukkan dan minum setiap pagi.

Selamat mencuba ye.


Monday, December 24, 2018

Sport rim kereta bengkok

Teman pernah kena masa nak tukar tayar kereta baru-baru nie. Pekerja di kedai tayar tu bagi tau teman rim kereta bengkok. Yang pelik bin ajaibnya, teman tak nampak pulak rim tu bengkok. Tapi, bila di masukkan rim tu pada mesin balancing tu, rim tu mula la nampak gelong je masa berpusing. Pekerja tu buktikan rim kereta teman tu dah bengkok dan perlu di tukar. Kalau guna juga, katanya tayar akan rosak. Time tu, mula la dia dok promote untuk jual sport rim yang berlambak kat kedai dia tu. Actually, teman tukar tayar tu sebab tayar tu dah lama, dan hampir botak pun. Kalau ikut, bunga tayar kereta lama tu, sekata je.

Teman terus cakap, teman tak dek duit untuk tukar sport rim. Duit yang ada hanya cukup untuk tukar tayar baru. Senyap je pekerja kedai tu. Teman buat do no je kat dia... 😋😊😊😊😆😁

Nie teman kongsikan, macam mana depa buat rim elok nampak macam bengkok di mesin balancing tu... terima kasih sangat pada mereka yang buat video nie... credit to them...



Dalam perkongsian video di bawah, teman akan kongsikan satu lagi tips keselamatan yang kebanyakkan perniaga yang menjual sport rim kereta mengunakan cara ini untuk melariskan jualan mereka tanpa memperdulikan keselamatan pelanggan dan penguna jalan raya yang lain.

Untuk mereka mereka yang gemar menukar sport rim kereta, tips yang di kongsikan dalam perkongsian video di bawah sangat berguna sebelum membuat keputusan untuk menukar sport rim.



Kredit juga kepada mereka yang membuat video ini untuk perkongsian kepada semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Sunday, December 23, 2018

Kuliah : Pilihan dalam kehidupan

Hidup kita ini boleh diibaratkan satu perjalanan untuk menuju ke satu destinasi yang kekal abadi. Kita hanya singgah sementara di dunia yang fana ini untuk mengumpul sebanyak mungkin amalan dan ibadat kita sebagai bekalan di sana nanti. Dalam perjalanan kita, pelbagai halangan dan dugaan terpaksa kita tempuh. Dalam kehidupan kita ini, kita telah diberi pilihan sama ada untuk memilih jalan yang lurus atau jalan yang penuh dengan onak dan ranjau. Petunjuk telah diberi, tapi masih ada yang tetap memilih jalan yang berliku dan sesat. Dalam entri pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian video ini. Semoga perkongsian ini dapat membuka pintu hati kita untuk fokus dan istiqomah dalam menjalani ibadah seharian.

Kata Nabi S.A.W, “Orang itu menjauhkan diri daripada dunia yang menipu dan cenderung kepada dunia yang kekal (Akhirat), kemudian bersiap sedia untuk mati sebelum datangnya kematian”. 3 perkara ini bila mana ada pada seseorang, orang tersebut ada nur dalam hatinya.




Perkongsian video dari Majlis Ta’lim Darul Murtadza, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.


Saturday, December 22, 2018

Kuliah : Amalan untuk melancarkan rezeki dan untuk memudahkan urusan

Untuk entri pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan fadhilat surah Al-Inshirah. Banyak perkongsian berkenaan surah ini telah di kongsikan tetapi masih ramai lagi yang tidak mampu untuk melaksanakannya. Tahukah anda antara amalan untuk memudahkan dan melancarkan rezeki serta memudahkan urusan kehidupan seharian dengan mengamalkan surah Al-Inshirah. Baca 7 kali surah ini selepas selesai solat, insya Allah urusan untuk mencari rezeki akan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Mungkin ada yang salah dalam hidupmu, ada yang kurang yang belum kamu lakukan, sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan dan akan melancarkan rezekimu? hanya 7 kali dibaca setiap setelah solat tapi masih kamu tidak mampu melakukannya.



أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ () وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ () الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ () وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ () فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا () إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا () فَإِذَا فَرَغْتَ

فَانْصَبْ () وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu; dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu; bebanmu, Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami telah memasyhurkan sebutanmu. Maka sesungguhnya di setiap masalah pasti disertai jalan keluar, sesungguhnya di setiap masalah disertai jalan keluar, Kemudian apabila engkau bertekad, maka berusahalah, Dan kepada Tuhanmu saja hendaklah kamu menaruh harapan.”
Itulah surah Al-Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح) adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan
Kelebihan Surah Al-Insyirah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
Kelebihan Membaca Surah Al-Insyirah
Ketika siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
Sembahyang sunat dua rakaat.
Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.
Keutamaan Lainnya
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.
Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.
Wallahualam.
Fadhilat Surah Al Insyirah Yang Teristimewa Untuk Semua Kaum IBU
Biasanya kita mendengar ayat ini dibacakan serta diamalkan akan melapangkan jiwa yang lara, menjinakkan anak yang degil dan nakal dan turut menerangkan hati sesiapa sahaja untuk memudahkan menerima setiap pelajaran yang dipelajari.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk?)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Rupa-rupanya sangatlah luas fadhilatnya, terutama kepada kaum ibu yang mudah penat dan letih kerana membuat berbagai jenis kerja rumah tanpa henti. Semakin usia meningkat, berbagai jenis penyakit yang akan hinggap dan biasanya adalah sakit di bahagian pinggang yang menyebabkan aktiviti harian terbantut kerana menanggung kesakitan.
Jadi, sebagai cara untuk menghindari diri dari sakit pinggang atau untuk menyembuhkannya., dengan diiringi doa serta izin Allah SWT. Insha Allah, penyakit tersebut akan sembuh dengan serta merta jika dikehendaki-Nya.
Caranya adalah dengan membaca ayat ketiga dari Surah Al Insyirah sambil menampung tanggan seperti berdoa dan ulanginya sebanyak tiga kali. Tiup pada tangan tadi dan tepuk pada pinggang dan punggung sambil berdoa kepada Allah SWT supaya dilindungi atau disembukan sakit pinggang yang dialami itu.

Tapi mama tepuk semua bahagian, habis kepala lutut, buku lali, tapak kaki dan nak dikatakan seluruh badan mama tepukkan. Minta Allah SWT jauhkan sebarang penyakit yang akan melemahkan kesihatan badan.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT ringan rasa badan terutama ketika bangun pagi. Sebelum ini kalau nak bangun mama terpaksa buat kuda kuda dulu baru boleh bangun dengan berat badan sebegini, kusss semangat nak angkat badan.
Manakala ayat ke 4 dari surah Al Insyirah pula, untuk menyerikan wajah para isteri apabila dipandang suami. Caranya dengan membaca ayat ke 4 sebanyak 7 kali, tiup pada tapak tangan dan sapu ke muka dengan doa kepada Allah SWT supaya suami pandang kita cantik jer tapi tak tanya hubby lawa ke muka mama ni, malu wehh. Jadi cukuplah dia sentiasa senyum dan beri kasih sayang.

Wallahualam.
Mama dapat info ini dari Tanyalah Ustaz TV9, masa itu Ustaz Muhammad Hanafiah Abdul Malek membentangkan isu tentang Wanita Dominan. Kat bawah ni adalah fadilat surah Al Insyirah yang mama dapat melalui copy and paste untuk dikongsi dan menjadi koleksi peribadi.
Fadhilat dan Kelebihan Surah Al Insyirah
Antaranya:

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. Insya Allah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insya Allah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Caranya: Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.
7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut :

“Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”.
Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
8. Surah ini jika dibaca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.
9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 kali setiap terbit matahari, insya Allah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut-turut, insya Allah akan kuat daya ingatannya.
Kelebihan Surah Al-Insyirah
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.
Sumber : https://mediamaklumat.com

Friday, December 21, 2018

Pengorbanan seorang AYAH

Coretan ini di tujukan kepada seorang AYAH. Teman mempunyai seorang AYAH dan teman juga merupakan seorang AYAH. Bila sudah bergelar AYAH, barulah teman mengerti apa yang sebelum ini AYAH teman telah korbankan demi untuk kebahagian dan kesenangan kami adik beradik. Banyak perkara yang ayah tak pernah kongsikan dengan kami. Namun setelah bergelar AYAH, teman faham beberapa perkara nie AYAH tak akan kongsikan dengan orang lain...

Ayah
Gambar ehsan Google.


1. AYAH TAK CUKUP DUIT

Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.

Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.

2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA

Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.

Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.

3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA

Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.

4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA

Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.

Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.

5. AYAH PENAT

Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.

Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.

6. AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK BERBANDING DIRINYA

Bila dah dewasa dan bekerja, baru kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat.

Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.

7. AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP TANPANYA SUATU HARI NANTI

Apa yang ayah larang selama ini ada sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa mereka satu hari nanti.

Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata, katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.

Sebenarnya, bukan dia tak peduli perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

8. AYAH TAK MENYESAL KORBANKAN SEMUANYA UNTUK KITA

Apabila ayah semakin tua, ayah lega tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang bukan-bukan.

Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah menyesal berkorban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti apa yang mereka harapkan.

9. AYAH SAYANGKAN KITA

Tiada kata yang dapat menerangkan bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua pengorbanan ayah terhadap kita.

ITULAH PENGORBANAN AYAH!

Kadang-kadang kita memang tak nampak semua perkara ini hinggalah kita dewasa.

Begitu banyak beban dan pengorbanan ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka. Ayah tidak pernah meminta masa yang lebih....tapi hanya sekelumit masa bersamanya dah cukup.

Ya Allah, Berikan Syurga yang indah buat Ayah...
Aamiin... Aamiin yarabbilalamin...


Thursday, December 20, 2018

Petua : Untuk merawat darah tinggi

Penyakit darah tinggi adalah tergolong dari penyakit tiga serangkai, iaitu diabetis (kencing manis), darah tinggi dan penyakit jantung. Bukan sekali berubat atau mendapat rawatan, penyakit darah tinggi ini boleh sembuh. Ia memerlukan masa dan kesabaran untuk sembuh. Jadi, untuk mereka yang ada penyakit darah tinggi, jangan mudah berputus asa dan teruskan positive serta jangan mudah berputus asa.


Teman pernah kongsikan beberapa petua untuk merawat penyakit darah tinggi. Kome boleh search di blog teman nie kalau kome nak baca entry petua penyakit darah tinggi nie.

Daun Kucai

Gambar ehsan Google.

Petua yang teman nak share kali ini, mengunakan daun kucai sebagai bahan utama. Teman ada kongsikan petua untuk merawat darah tinggi dengan mengunakan daun kucai sebelum nie. Kome boleh klik disini untuk membacanya.

Ok, untuk petua kali ini, dapatkan seikat daun kucai. Bersihkan dan tumbuk daun kucai ini bersama sedikit garam. Kemudian, ambil airnya dan bubuh di dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. Setelah itu, embunkan semalaman. Keesokkannya, minum air ini pagi-pagi sebelum sarapan. Penyakit darah tinggi ini memerlukan masa untuk sembuh, jadikan petua ini sebagai amalan seharian.

Selamat mencuba!


Wednesday, December 19, 2018

Wordless : Zawara Coffee

Zawara Coffee, Bukit Jelutong. Selalu jugak teman TT kat Zawara Coffee Bukit Jelutong nie. Bukan apa, temankan adinda yang nak makan "churros". Bila ada appointment dengan agen investment fund, pasti teman set disini. Kikikiki... Bila lagi nak suruh agen tu belanja teman kan...


Zawara Coffee, Bukit Jelutong


Thursday, December 13, 2018

Petua : Untuk menghaluskan kulit wajah

Tips untuk menghalus muluskan kulit wajah. Sebelum nie, teman ada kongsikan petua untuk menghaluskan kulit muka. Kome boleh klik disini untuk membaca petua tu disini ye. Tidak dinafikan, kulit yang halus dan gebu menjadi dambaan setiap wanita. Dalam entry hari ini, teman nak kongsikan satu lagi tips atau petua untuk menghaluskan kulit muka. Selain mengunakan produk-produk penjagaan wajah di pasaran, mungkin juga sesekali kome boleh mencuba petua ini di rumah.

Buah Betik

Gambar ehsan Google.

Bahan utama yang di perlukan hanyalah sebiji buah betik. Buah betik bukan saja sedap untuk di makan, malah memberi manfaat terhadap kesihatan dan juga untuk kecantikan. Caranya mudah saja. Ambil separuh buah betik dan kupas kulitnya. Kemudian kisar buah betik tersebut tanpa air sehingga menjadi halus.

Setelah itu, sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan sehingga kering. Setelah itu bilas dengan air bersih. Jadikan petua ini sebagai amalan harian sehingga kulit wajah menjadi halus mulus.

Selamat mencuba ye 🤗...


Wednesday, December 12, 2018

Wordless : Cendawan selepas hujan

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, peribahasa yang merujuk sesuatu yang tiba-tiba muncul dengan banyaknya. Dalam kes teman nie, cendawan yang tumbuh, idak la banyak pun. Cuma ada dua pokok je... tapi itu la kan, cendawan tu tumbuh di laman rumah teman yang sekangkang kera nie. Tak apa la, at least cendawan nie menyerikan lagi laman rumah teman tu... 😆😆😆😆😏😏😏

Cendawan

Cendawan

Sunday, December 9, 2018

Kuliah : Kelebihan menuntut ilmu

Dalam entry pagi ini, teman ingin memanjangkan perkongsian berkenaan “Kelebihan dalam menuntut ilmu”. Menuntut ilmu disini membawa maksud ilmu agama dan Al-Quran. Kenapa penting sangat ilmu? Sebab adalah ilmu memberi manfaat kepada kita untuk menjadi manusia yang terhebat. Ilmu akan menjadi kayu pengukur kepada kehidupan kita dalam menentukan samada sesuatu perkara itu baik atau sebaliknya.

Al-Quran

Gambar ehsan Google.
      
Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al- quran:-


  1. Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
  2. Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.
  3. Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi ‘alaihimussalaam.
  4. Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.
  5. Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.
  6. Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
  7. Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian serta mendapatkan kemuliaan dan akan mendapatkan keredhaan Allah Ta'ala.
  8. Sebanyak manaseseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.
  9. Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
  10. Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
  11. Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
  12. Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
  13. Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23851800) berbanding yang baca secara biasa.
  14. Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
  15. Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.
  16. Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.
  17. Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami isi kandungannya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.