Thursday, December 20, 2018

Petua : Untuk merawat darah tinggi

Penyakit darah tinggi adalah tergolong dari penyakit tiga serangkai, iaitu diabetis (kencing manis), darah tinggi dan penyakit jantung. Bukan sekali berubat atau mendapat rawatan, penyakit darah tinggi ini boleh sembuh. Ia memerlukan masa dan kesabaran untuk sembuh. Jadi, untuk mereka yang ada penyakit darah tinggi, jangan mudah berputus asa dan teruskan positive serta jangan mudah berputus asa.


Teman pernah kongsikan beberapa petua untuk merawat penyakit darah tinggi. Kome boleh search di blog teman nie kalau kome nak baca entry petua penyakit darah tinggi nie.

Daun Kucai

Gambar ehsan Google.

Petua yang teman nak share kali ini, mengunakan daun kucai sebagai bahan utama. Teman ada kongsikan petua untuk merawat darah tinggi dengan mengunakan daun kucai sebelum nie. Kome boleh klik disini untuk membacanya.

Ok, untuk petua kali ini, dapatkan seikat daun kucai. Bersihkan dan tumbuk daun kucai ini bersama sedikit garam. Kemudian, ambil airnya dan bubuh di dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. Setelah itu, embunkan semalaman. Keesokkannya, minum air ini pagi-pagi sebelum sarapan. Penyakit darah tinggi ini memerlukan masa untuk sembuh, jadikan petua ini sebagai amalan seharian.

Selamat mencuba!


8 comments :

  1. murah & mudah petuanya..syukran2..

    ReplyDelete
  2. Semoga bermanfaat petua ni untuk yg ada darah tinggi. Boleh amalkan untuk mereka yg xsuka makan ubat hospital. Hihi

    ReplyDelete
  3. Selamat mencuba untuk pengidap penyakit darah tinggi.

    ReplyDelete
  4. petua baru ni.. sblm ni tak pernah tahu pun

    ReplyDelete
  5. br kejap td manager sy membebel dia kata darah tinggi dia akan naik lg lps ni 9sbb kerja) so boleh laa sy beri daun kuchai kt dia hahaha

    ReplyDelete
  6. Lepas ni kena letak byk kucai dlm masakan la

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...