Sunday, December 30, 2018

Kuliah : Ujian kehidupan

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan ujian atau dugaan dalam kehidupan ini. Ketenangan hanya akan tercapai apabila kita menjejak kaki di syurga. Benar-benarlah yakin segala-galanya atas kehendak Allah.

Dunia adalah pentas ujian. Tiada siapa pun terlepas daripada ujian termasuk para nabi. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Ilmu kita hanya secebis sahaja berbanding kuasa Allah. Kita harus sedar bahawa kita hanyalah hamba dan mesti memohon pertolongan Allah.



Gambar ehsan Google.

Tiada sesuatu atau harga yang boleh menghalang kehendak Allah. Sesunguhnya terlalu banyak nikmat Allah kepada kita. Keikhlasan adalah tunjang utama dalam memahami makna musibah @ bencana @ ujian kehidupan. 

Masyarakat memerlukan pemimpin yang adil dan ikhlas dalam menguruskan bencana atau musibah. Sebaiknya, tatkala musibah melanda, kita mestilah menyemak kembali hubungan kita dengan Allah, kepatuhan kepada suruhanNya. 

Sesungguhnya, Allah maha pengampun dan lagi mengasihani. Sentiasalah berbaik sangka kepada Allah. Apa sahaja musibah berlaku adalah kerana sayangnya Allah kepada kita. Musibah membolehkan kita terhapus dosa-dosa kecil dan Allah mengangkat darjat kita. 

Sama samalah kita berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan musibah yang kita tidak mampu melaluinya. Allah tidak memberati seseorang melainkan ia mampu memikulnya. Wahai Tuhan kami, jangan Engkau memberati kami dengan sesuatu yang kami tidak mampu memikulnya.


6 comments :

  1. Ujian sentiasa ada..tidak kita pada sesiapa pun..hujungnya berhikmah..kerana sayang Allah beri ujian..kerana syurga itu indah dan mahal..

    ReplyDelete
  2. ujian hidup manusia berbeza2.. semoga kita diberi kekuatan menempuhinya..

    ReplyDelete
  3. In Sya Allah semoga sabar dalam menempuh setiap ujian #peringatanuntukdirisendiri

    ReplyDelete
  4. Setiap ranjau berduri dan liku-liku hidup yang Kita lalui pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  5. teringat kata dr. fadzilah kamsah, org yg hebat adalah org yg paling byk terima ujian dlm hidupnya. mmg betul kalau x masakan allah angkat mereka sbgi nabi dan rasul, kan?

    ReplyDelete
  6. Betul Tu hidup Kita Di dunia hanyalah sementara saja

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...