Thursday, December 13, 2018

Petua : Untuk menghaluskan kulit wajah

Tips untuk menghalus muluskan kulit wajah. Sebelum nie, teman ada kongsikan petua untuk menghaluskan kulit muka. Kome boleh klik disini untuk membaca petua tu disini ye. Tidak dinafikan, kulit yang halus dan gebu menjadi dambaan setiap wanita. Dalam entry hari ini, teman nak kongsikan satu lagi tips atau petua untuk menghaluskan kulit muka. Selain mengunakan produk-produk penjagaan wajah di pasaran, mungkin juga sesekali kome boleh mencuba petua ini di rumah.

Buah Betik

Gambar ehsan Google.

Bahan utama yang di perlukan hanyalah sebiji buah betik. Buah betik bukan saja sedap untuk di makan, malah memberi manfaat terhadap kesihatan dan juga untuk kecantikan. Caranya mudah saja. Ambil separuh buah betik dan kupas kulitnya. Kemudian kisar buah betik tersebut tanpa air sehingga menjadi halus.

Setelah itu, sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan sehingga kering. Setelah itu bilas dengan air bersih. Jadikan petua ini sebagai amalan harian sehingga kulit wajah menjadi halus mulus.

Selamat mencuba ye 🤗...


6 comments :

  1. yeayyy da bleh msk blog ni. boleh laa blanje sy betik sebiji😆

    ReplyDelete
  2. Wah, ilmu baru ni. Nice sharing...

    ReplyDelete
  3. Mudah saja ye.. boleh la Cuba nanti. Separuh letak kat muka separuh lagi masuk perut haha

    ReplyDelete
  4. Yang nak kulit halus, bolehlah cuba amalkan

    ReplyDelete
  5. Petua yg berguna, selama ni pkai pencuci muka n lain2, rupanya ada je bahan semula jadi untuk kulit wajah :)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...