Sekadar memanjangkan perkongsian ilmu ini kepada semua. Kuliah Dhuha ini telah di sampaikan di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara yang menyentuh berkenaan "Adab menziarahi pusara atau kubur", terutama pusara ibubapa.
Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a hadis Rasulullah s.a.w :
Seorang anak yang menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah s.w.t.
Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yang taat.
Ketika dikubur :
- Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti “Assalamualaikum mak/bapa”. Roh mendengar dan menjawab salam.
- Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.
- Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.
Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.“`
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteSemoga roh2 mereka yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat-Nya
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteigt lg x dulu pernah viral artis selfie kt kubur? panas je hati tgk
ReplyDeleteNangis... Huhu teringat kubur mak ayah mama yg baru mama ziarah baru2 ni
ReplyDelete