Tak sabarrrnyerrrr menunggu Januari 2019... Selepas ini golongan penghisap dah tak boleh hisap rokok sesuka hati lagi di kawasan awam yang telah di gazetkan kawasan larangan merokok. Besttttt! sangat bila kerajaan PH mendengar keluhan masyarakat bawahan nie demi menjaga kesihatan mereka. Padan muka deme.
3 meter beb, dari restoran atau kedai makan...
Tak sabarrrr nak tengok lelaki-lelaki berlagak macho sedunia nie di sekat dari aktiviti menghisap di tempat awam nie. Dah la merokok tu beracun, kalau diri sendiri je yang sakit kena barah ke apa... lantak kome laa... nie orang lain yang tak merokok pulak terkesan akibat perbuatan mereka tu.
Lelaki sejati tak merokok sebab apala sangat dengan asap tu kan.
Rokok bukan sahaja merosakkan diri yang menghisap tetapi juga orang lain yang tersedut asap perokok. Perokok itu merosakkan diri dan insan sekitarnya. Hanya orang yang tidak beradab dan bertamadun sahaja yang merokok di kawasan awam. Perokok di kawasan awam sebenarnya perosak kesihatan masyarakat dan penganggu kesejahteraan umum.
Teman tak suka benor orang yang merokok nie... bukan setakat baju teman lekat dengan bau rokok dema tu, tekak teman nie seolah-olah makan asap rokok pulak... teruk betul golongan penghisap nie...
Mereka memang tahu merokok itu haram bagi umat Islam. Tapi ada juga yang saja-saja buat tak tahu dan ada yang beria-ria menentang larangan tersebut di mahkamah. Ada juga yang menyalahkan "kalau rokok itu haram... Kenapa jualnya? Tapi yang pelik bin ajaib, mereka dah tau rokok itu haram... tapi kenapa errk pegi beli...
Ada yang lagi hebat menunjukkan kebijaksanaan mereka dengan buat video nie...🥴🥴🥴😋😋😋
Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan di sebuah lokasi di negara kita ini yang terlebih dahulu menyediakan satu lokasi khas untuk kaum penghisap membuat aktiviti hisapan mereka itu. Pihak premise tersebut telah menyediakan satu bilik khas yang selesa untuk kaum penghisap ini. Klik disini kalau kome berminat untuk membaca entry tersebut.
Mungkin pengusaha restoran boleh ikut cara nie... Apa pun, cara yang terbaik pun adalah berhenti merokok. Umat Islam tidak perlu merokok. Merokok melemahkan ummah.
Mungkin pengusaha restoran boleh ikut cara nie... Apa pun, cara yang terbaik pun adalah berhenti merokok. Umat Islam tidak perlu merokok. Merokok melemahkan ummah.
Merokok memudaratkan kesihatan teramat sangat
ReplyDelete