Sunday, December 23, 2018

Kuliah : Pilihan dalam kehidupan

Hidup kita ini boleh diibaratkan satu perjalanan untuk menuju ke satu destinasi yang kekal abadi. Kita hanya singgah sementara di dunia yang fana ini untuk mengumpul sebanyak mungkin amalan dan ibadat kita sebagai bekalan di sana nanti. Dalam perjalanan kita, pelbagai halangan dan dugaan terpaksa kita tempuh. Dalam kehidupan kita ini, kita telah diberi pilihan sama ada untuk memilih jalan yang lurus atau jalan yang penuh dengan onak dan ranjau. Petunjuk telah diberi, tapi masih ada yang tetap memilih jalan yang berliku dan sesat. Dalam entri pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian video ini. Semoga perkongsian ini dapat membuka pintu hati kita untuk fokus dan istiqomah dalam menjalani ibadah seharian.

Kata Nabi S.A.W, “Orang itu menjauhkan diri daripada dunia yang menipu dan cenderung kepada dunia yang kekal (Akhirat), kemudian bersiap sedia untuk mati sebelum datangnya kematian”. 3 perkara ini bila mana ada pada seseorang, orang tersebut ada nur dalam hatinya.




Perkongsian video dari Majlis Ta’lim Darul Murtadza, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.


3 comments :

  1. semoga kita tergolong dengan golongan org yg menuju ke jalanNya..

    ReplyDelete
  2. kalau dilahirkan dlm islam tp salah buat pilihan maka memang rugilah manusia itu..

    ReplyDelete
  3. Semoga Kita sentiasa Di jalannya

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...