Dah pegi menonton Transformer End of
Extinction tak? Minggu lepas, teman ada dapat beberapa jemputan dari Carrier
partner dan satu jemputan dari boss yang belanja staffnya untuk menonton movie nie. Tapi, satu pun teman tak
dapat pegi. Transformer End of Extinction nie mula di tayangkan pada 26 Jun
hari tu. Teman, 25 Jun hari tu dah start bercuti. Cuti duduk rumah jer, bukan
ke mana pun. Actually, 25 Jun hari tu
Aisar ada trip tadika nya ke Planetarium Negara dan Muzium Islam. Itu sebabnya
teman bercuti untuk menghantar dan ambil Aisar.
Gambar ehsan Google.
Gambar ehsan Google.
Ok, back to entry. Nie sepatutnya entry
kedua teman pasal movie review, tapi first entry untuk movie review nie masih
terperosok kat dalam draft. So, biar dulu la. Mood nak menulis pasal movie tu
tak dek sekarang nie.
Untuk filem Transformers nie, bermula dari
sequel pertama sampai lah yang terbaru teman menontonnya di pawagam. Kesemuanya
teman menonton bersama family tersayang. Teman booking tiket untuk movie 3 dimensi (3D), baru best sket. Kali
ini teman menonton di panggung GSC Setia City Mall. Teman booking tiket secara
online pada hari Khamis. Lepas tu terus collect di kaunter. Kalau nak menonton
baru beli tiket, memang tak dapat la
sebab tiket tayangannya cepat habis.
Teman kongsi kan beberapa tayangan promo
yang teman download dari apps Nokia Trailers. Filem ini mengambil masa 165
minit tayangan mengisahkan sambungan pertarungan di antara Autobots yang
diketuai oleh Optimus Prime dan Decepticon yang di ketuai oleh Megatron. Ini
merupakan filem Transformers yang ke empat yang diarahkan oleh Michele Bay.
Dalam sequel yang lepas Megatron telah
berjaya dimusnahkan, dan End of Extinction ini merupakan sambungan dari sequel
yang lepas. Tapi melalui sequel End of Extinction, sambungannya agak goyang
sedikit di mana Optimus Prime juga turut ditewaskan dan Autobots menjadi buruan
oleh Black Ops team yang di dalangi oleh Lockdown.
Lockdown ini merupakan robot
dari Cybertron iaitu dari planet asal Transformers nie. Kumpulan Black Ops ini
telah bekerjasama dengan firma robotic iaitu Kinetic Solution Incorporation
(KSI) untuk menghasilkan generasi robot baru yang telah dinaik taraf untuk
membantu manusia. KSI telah membangunkan teknologi robotic dengan mengambil
data yang di download dari database Megatron.
Di sinilah bermulanya bagaimana Megatron berjaya memanipulasikan manusia untuk kesinambungan dan kewujudan semula Megatron baru yang dikenali sebagai Galvatron yang telah dinaik taraf dan bermulalah peperangan di antara Autobots dan Decepticon.
Di sinilah bermulanya bagaimana Megatron berjaya memanipulasikan manusia untuk kesinambungan dan kewujudan semula Megatron baru yang dikenali sebagai Galvatron yang telah dinaik taraf dan bermulalah peperangan di antara Autobots dan Decepticon.
Agak kurang
berkesan juga filem Transformer yang terbaru ini, sebab pasukan pertahanan bumi
langsung tidak terlibat dalam peperangan di bumi di mana melibatkan banyak
kemusnahan dan kerosakan bangunan. Tidak seperti filem sebelum ini di mana
pasukan pertahanan bumi akan bekerjasama dengan Autobots untuk memerangi Decepticon.
Dalam End of Extinction kali ini dipertontonkan dengan kemunculan Dinobots
(Transformers dalam bentuk dinosor) dan kumpulan robot dinosor ini pun tidak
lah jinak dan mereka hanya bertindak jika mereka diancam. Kalau mengikut Dinobots
dalam siri kartun, robot dinosor ini boleh bertukar menjadi robot dan mereka
boleh bergabung untuk menjadi robot yang besar. Tapi ini tidak terjadi dalam
filem kali ini. Mungkin, filem Transformers yang akan datang kita akan dapat
menyaksikan kumpulan Dinobots ini bergabung dan menjadi robot yang besar. Apa
pun, nntuk mengetahui filem ini lebih lanjut, saksi lah sendiri di pawagam
berhampiran. Lagi best kalau kome menonton dalam version 3 dimensi (3D) sebab boleh merasai betapa gayatnya berada di bangunan tinggi seolah-olah diri kita berada disitu.
tunggu husband download je la....walau ada juga berbunyi nak menonton tu...hehhehhee
ReplyDeletereview macam nie yang membuatkan nafsu saya membuak-buak nak menonton cerita ini...ada yang kata sedikit hambar dan ada yang kata best..kena tengok sendiri untuk tentukan ini....hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
dah tgk jugak! mmg terbaik! :)
ReplyDeleteteman pun dh tgk..mmg awesome cter dia...cpt je rasa dlm panggung tu..
ReplyDeletenak tengok... tapi dah puasa pulak... ;(
ReplyDeleteEm buat pembetulan sikit bleh tak, dinobots memang takpernah bercantum masa cerita kartunnya dulu. Movie ni memang peranannya sebegitu.. tapi info yang menarik ..
ReplyDeleteOwh ye ke... mungkin saya silap... lagi pun dinobots tu selalu berkelahi sesama sendiri... lepas berbaik semula... robot yang boleh bergabung tu dari Decepticon, construction robot tu...
Deletedah tengok jugak... hehehe.. nt transformer akan dtg , galvatron pulak jd penjahat..btw, awak tersenarai dalam list nuffnangers saya..singgah..
ReplyDeletehttp://aisyahambris.blogspot.com/2014/07/thanx-nuffnangers.html