Tuesday, November 6, 2018

Khasiat biji selasih

Sejak dua menjam nie, teman kerap ambil biji selasih yang di campurkan dalam minuman dan jus. Banyak khasiat rupanya biji selasih nie. Teman pun baru je tau. Nie yang teman nak kongsikan dalam blog teman nie. Teman senarai beberapa khasiat biji selasih yang teman perolehi melalui pembacaan beberapa majalah nie.

Biji Selasih

Gambar ehsan portal Bermanfaat.


Antara khasiat biji selasih;


  1. Dapat mengurangkan panas badan.
  2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
  3. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
  4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
  5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
  6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
  7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di China, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Kome boleh search kat Google untuk dapatkan maklumat berkenaan khasiat biji selasih nie.


8 comments :

  1. salam....sedap kan minum sirap selasih hahaha org tua2 kata telur katak...kalau minum masa hari panas rs sejuk je dlm badan..thanks share manfaat2 biji selasih..

    ReplyDelete
  2. banyak khasiatnya..mudah & murah..jom amalkan..

    ReplyDelete
  3. kaknil pun suka makan biji selasih ni. campur dengan minuman..best

    ReplyDelete
  4. dr kecik sukaaa sgt biji selsaih ni. kalau pergi kenduri kawen ada air sirap dgn biji selasih sy minum bergelas2 ;-)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...