Pernah tak kome mengalami sakit telinga akibat jangkitan? Pasti tidak merasa selesakan. Dalam entry hari ini, teman ingin kongsikan satu tips atau petua untuk mengatasi masalah ini dengan cepat. Tahukah kome jangkitan telinga kanak-kanak juga boleh menyebabkan demam teruk? Demam panas yang melebihi 5 hari, mesti ada sebabnya kerana demam panas selalu tanda badan kome sedang melawan jangkitan.
Gambar ehsan Google.
Oleh sebab itu, kome perlulah segera mendapatkan rawatan untuk merawat jangkitan pada telinga sebelum ia menjadi lebih parah. Antara alternative yang boleh di buat ialah dengan mencuba petua atau tips ini.
Untuk pengetahuan kome ekstrak bawang putih sangat bagus untuk membunuh bakteria dan kulat. Kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih boleh mengurangkan sakit jangkitan telinga. Kome perlu gunakan minyak bawang putih sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan tiga titisan yang banyak kedalam telinga untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.
Selamat mencuba ya.
in shaa Allah, mujarab..
ReplyDelete