Dalam entry pagi ini, teman ingin memanjangkan perkongsian satu tips untuk mengosongkan hati ketika hendak mendirikan solat. Apabila sejadah telah dibentangkan dan kedua-dua kaki tegak berdiri di atasnya, jangan biarkan dunia masuk ke dalam hati. Kunci segala pintu yang memanjangkan angan-angan dunia dan tipu dayanya, kosongkan hati hanya untuk pertemuan dengan Allah SWT.
Konsep ihsan amat diperlukan pada saat ini, iaitu "beribadat kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya,jika engkau tidak mampu melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu."
Cara meninggalkan kesibukan dunia ketika menghadap Allah SWT,iaitu dengan memikirkan dan menghayati hari akhirat.
Berdiri di hadapan Allah SWT ketika solat umpama berdiri di hadapan-Nya ketika hari dihisabkan,semua amalan akan ditimbang dan kita menunggu nasib diri yang penuh penyesalan.
Perkongsian dari (Dr Mohd Sukki Othman - Analogi Nabawi dalam Kehidupan Insani)
Teman sedekahkan pahala perkongsian ilmu ini, untuk kedua ayah dan ibuku, anak-anak ku, kaum keluargaku, para sahabatku, dan juga buat guru-guruku Aaaminnn...
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
allahu. btol btol. kdang time sembahyang duk igt macam macam. patutnya time tu kita kena fokus pada bacaan dan tindakan kita. thanks for the sharing.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian dan nasihat ini
ReplyDeletebagus2
in shaa Allah...
ReplyDeletesaya akan cuba.
terima kasih atas perkongsian