Dalam entry pagi ini, teman hendak kongsikan satu lagi amalan yang boleh dibuat sebelum kita tidur. Amalan kali ini adalah membaca surah Al-Mulk. Al-Mulk bererti Kuasa Pemerintahan. Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat. Surah ini termasuk dalam surah Makkiyah. Rasulullah SAW sangat mencintai surah Al-Mulk. Baginda mengharapkan surah Al-Mulk berada di hati setiap mukmin.
Surah Al-Mulk mempunyai banyak fadhilat bagi sesiapa yang melazimkan membacanya, antaranya:
1. Diberi keselamatan dari azab kubur
2. Diberikan syafaat sampai diampuni dosanya
3. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
An-Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari siksa kubur. (HR An-Nasai)
Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sehingga baginda membaca Alif Laam Al-Sajdah dan Al-Mulk. (HR At-Tirmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah SAW bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu "Tabarakallazi" (HR At-Tabrani)
" Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk" (HR Abu Daud)
syukran..sangat bermanfaat, sebagai bekalan di alam barzakh..
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeleteilmu yang sangat bermanfaat sangat nie.
moga diberi kekuatan untuk beramal
menarik..
ReplyDeletemudah-mudahan ada kekuatan untuk beramal..
aamiin
dulu sebelum tidur, di kolej akan diperdengarkan bacaan almulk. sekarang dah habis belajar, alahai rindu pula dengan tabiat suka baca al mulk sebelum tidur ni
ReplyDeletebesarnya pahala baca almulk. mek kat skolah dlu mandatori bace almulk sebelum tido.
ReplyDelete