Isu parking kenderaan terutama kereta sering menimbulkan pergaduhan. Ada kereta suka parking di belakang kereta orang sehingga orang yang hendak keluar terpaksa menunggu lama di dalam kereta. Ada kereta yang suka ambil parking terlebih sehinggakan kereta lain tidak boleh parking. Ada kereta yang menunggu lama untuk parking tup-tup ada kereta lain tiba-tiba menjelma entah dari mana ambil parking. Ada kereta yang dah tau orang menunggu lama untuk parking, dia buat lambat-lambat masukkan barang dan berjalan hantar troli pun relax-relax aje seolah-olah kereta yang menunggu itu tidak wujud. Dan ada jugak yang hantar wakil untuk chop parking. Teman pernah buat entry pasal chop parking tu. Kome boleh klik disini untuk membacanya ya.
Begitu juga dengan motorsikal, boleh menyelit-yelit parking di antara kereta. Dan yang paling "kesian" apabila motorsikal parking di kawasan parking kereta sedangkan parking motorsikal sudah tersedia.
Namun ada juga insan-insan yang baik. Apabila dia hendak keluar dari parking, dia bagi insyarat kepada pemandu yang lain menandakan itu kereta dia dan jika mahu silakan. Ada juga yang yang memberi isyarat dia tak nak keluar lagi apabila dia tengok pemandu lain sedang "aim" parking dia. Ada juga yang sengaja membukakan "lock" kereta memberi isyarat bahawa dia nak keluar apabila dia tertengok pemandu-pemandu lain berpusu-pusu mencari tempat parking.
Inilah isu parking yang boleh mengundang amarah jika di salah lakukan. Sebagai seorang yang di beri oleh tuhan akal fikiran yang waras, kita perlu menggambil cakna isu hati orang lain. Jangan pandang remeh isu yang kecil kerana isu yang kecil ini boleh membawa kepada pergaduhan.
Parkinglah dengan berhemah. Parking di kawasan yang di sediakan. Letakkan kenderaan kita di kawasan yang sepatutnya. Jangan kita paring di tempat OKU jika kita bukan OKU. Jangan kita parking di tempat keluarga jika kita hanya datang berdua dan semua yang ada di dalam kenderaan kita itu dewasa. Jangan parking di kawasan ruang perempuan jika anda lelaki. Jangan parking di belakang kereta orang sehingga orang sukar untuk keluar.
Jika hendak keluar parking, andai ketika itu kita lihat ada pemandu yang sedang mencari tempat parking, bagilah mereka isyarat menandakan kita hendak keluar. Ingatlah Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)
Kepada pemandu yang melihat kebaikan kawan kita memberi kita ruang untuk parking jangan lupa ucapkan terima kasih atau bagi isyarat hon sebagai ucapan terima kasih.
Senangkan? Untuk menjadikan negara kita negara yang maju selari dengan negara-negara maju yang lain, kita perlu "majukan" AKHLAK kita dahulu. Kemajuan negara selari dengan budi pekerti yang baik, itulah yang TERBAIK.
Kena tambah kawasan parking banyak2
ReplyDeleteBiar tak berebut atau lama menunggu
Hanya mereka yang memandu faham sangat apa itu masalah parking heheheee...
ReplyDeleteMacam kat office Mrs. A ni ada sesetengah tu sibuklah nak parking kereta kat tempat redup bila kena block tahu pulak marah. Dah kau pi amik parking orang sape suruh kansss...
bila seorang buat dajal...
ReplyDeleteteringat kes viral yg cop parking tu...
area umah sy mmg ada masalah ni. smlm, lori angkut sampah tak boleh masuk gara2 ada kereta parking kat pintu masuk. memang memekak laa dengar hon tak henti
kalau nampak ada kereta dah tunggu tu apa salahnya cepat2 gerak. kadang2 ada yang ambil masa. memang la hak masing2 kalo xnak gerak lagi. but common sense..
ReplyDeleteByk Kali krna bila Kita nak parking dia time tu la dia keliatkan makanan makan dulu, betulkan cermin la.. etc arghh
ReplyDelete