Friday, April 19, 2019

Filem Bollywood bertajuk "PK"

Lama juga teman dah record cerita nie kat ASTRO guna PVR. Minggu lepas baru ada masa untuk menonton filem nie dengan family. Apa yang best pasal filem 'PK' nie? Bagi teman plot ceritanya agak menarik untuk di kongsikan dalam entry nie. Untuk maklumat lebih lanjut pasal filem 'PK' nie, kome baca kat sini ye.


Filem ini mengisahkan seorang ALIEN lakonan Aamir Khan telah mendarat di bumi untuk membuat kajian tentang kehidupan makhluk di bumi. Dia mendarat di bumi di sebuah padang pasir tanpa sebarang pakaian di tubuhnya, dalam erti kata yang lain BOGEL. Sebenarnyabukan kisah nie yang menarik sangat sampai teman nak kongsikan dalam blog nie. Tapi, part yang menarik bagi teman adalah kajiannya tentang cara berpakaian, kebudayaan, makanan dan peganggan agama oleh manusia.

Kisahnya bermula apabila ALIEN lakonan Aamir Khan kehilangan alat kawalan jauh kapal angkasanya di curi orang dan menyebabkan dia terdampar di bumi bersendirian dan berusaha pelbagai cara untuk mencari kembali alat kawalan jauh kapal angkasanya.

Plot yang di tonjolkan ialah manusia ini menganuti pelbagai agama dan menurut kepercayaan masing-masing yang menjurus kepada "Wrong Number", agama dan doa penganutnya telah tersasar dan hanya ada satu tuhan dan agama sahaja yang benar, iaitu ISLAM. Tapi tak ada la disebut secara specific dalam filem tu. Cuma ada disebutkan, tuhan yang satu dan benar ialah tuhan yang telah menciptakan dunia dan makhluk seluruh alam ini. Dan ada manusia yang bertuhankan nafsu sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah.

Pada pendapat teman, pengarah filem ini sangat kreatif dalam memainkan sentimen pelbagai agama untuk di masukkan dalam filem ini. Lucu juga bila mana Aamir Khan memperlekehkan golongan penyembah berhala itu menjual patung-patung mereka itu dengan pelbagai bentuk, saiz dan harga untuk di sembah sedangkan patung itu tidak langsung mampu untuk berbuat apa-apa dan ianya ciptaan manusia semata-mata.

Tapi golongan itu tidak mempu untuk berfikir dan keluar dari belengu tersebut. Apa pun, cerita nie memang menarik untuk di tonton. Teman kongsikan full HD movienya di sini.



6 comments :

  1. it's kinda weird but i enjoyed it haha

    ReplyDelete
  2. dah veteran Aamir Khan..pelakon2 bollywood ni kita tak dapat nak bezakan samada Muslim atau Hindu..mcm sama semuanya..

    ReplyDelete
  3. ni yg minggu lepas lakonan Aamir Khan tu..sy jengah je kejap sbb sibuk mengemas..dia aktor favorite tp bila part dia tampal masa kat kuil tu...ahh x nak komen panjang..sbb kat Bollywood mcm tu x de hal..

    ReplyDelete
  4. Hoho menarik jalan citer. Lama mama x layan Bollywood

    ReplyDelete
  5. sempat tertengok hari tu cite ni ms mkn kt luar

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...