Kali ini, teman nak kongsikan satu petua bagi mereka yang mengalami masalah kerap kencing. Masalah kerap kencing nie mungkin juga petanda anda mempunyai penyakit. Oleh itu, adalah lebih baik anda membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.
Apa pun, teman kongsikan petuanya disini sebagai ikhtiar alternative. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah;
Gambar ehsan : blogger wannura
- Secekak daun senjuang
- Gula batu
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang pokok senjuang, sila klik disini.
Bahan-bahannya kita telah kumpulkan. Ok, bagaimana cara membuatnya...
Ok, caranya mudah sahaja. Ambil daun senjuang kemudian di tumbuk (kasar). Kemudian rebuskannya bersama campuran gula batu. Sejuk air rebusan ini dan diminum selama tiga hari berturut-turut. Sebelum minum hendaklah membaca selawat keatas nabi sebanyak 3 kali. Insya Allah, anda akan berasa lega.
pokok ni dah kurang popular digunakan, tapi tak sangka pulak ada khasiat sebegini. :D
ReplyDeleteGB, pokok nie masih lagi mendapat tempat dihati mereka yang meminati seni hiasan taman.
Deleteni pokok bunga yg selalu jd hiasan tu ke? tak tahu pula boleh di buat ubat.
ReplyDeletedaun dan gula batu ni leh ubat dari segi apa ye?pundi kencing orr pinggang?
ReplyDeleteMaaf, teman tak boleh nak jawab pertanyaan tuan tu. Teman hanya berkongsi petua orang dulu-dulu.
Deleteminum 3hari berturut-turut brapa kali sehari minum?brapa byk daun nk amik n brapa byk gula batu nk campurkan?
ReplyDeleteDaun yang di perlukan secekak sahaja... Campurkan gula batu secukup rasa saja...
Deletemenjadi ke? kat mana boleh dapat daun ni?
ReplyDeleteSetakat nie, tak ada masalah nie... teman tak pernah cuba lagi la... tapi pokok nie ada juga orang yang tanam sebagai perhiasan... cuma kena rajin mencari la... teman pun kalau jumpa pokok nie nsk tanam kat rumah...
Delete