Wednesday, October 7, 2020

Panggilan tersirat - Food tester (Pelaburan Durian Musang King)

Panggilan nie teman terima pada hari rabu 30 September lepas. Pemanggil tu mengenalkan diri dengan nama Farhan. Katanya nak menjemput teman sebagai food tester product keluaran mereka yang berasaskan durian musang king pada hari sabtu 3 October. Sebelum nie ada je teman terima call dari pelbagai syarikat. Tapi, maleh teman melayannya. Teman tanya juga, di mana mereka dapat contact number teman. Katanya dapat dari pameran MAHA. Memang la teman pernah pergi MAHA. Tapi dah lama betul, tahun 2016. Tapi, kali nie teman tertarik sebab ada durian. Teman nie kan memang suka makan durian kikikiki... 

Tapi, jauh di sudut hati, teman kata pada diri sendiri, perlu lebih berhati-hati..., nie mesti ada udang di sebalik batu, scammer, penipu... Ok la, teman terima jemputan tu... No harm kot, Lagi pun percuma je... dan at least dapat makan durian... lokasinya pun dekat je... Tak jauh mana pun... kikikiki... Kata Farhan, pihak dia akan hantar whatsapp conformation berserta RSVP no. Ok, petang tu seperti di janjikan teman terima WhatsApp jemputan. Nie teman kongsikan kat bawah nie.



Dari WhatsApp tu, memang jelas mereka menjemput untuk food testing produk keluaran mereka. Bila baca kat bawah tu, siap remind kehadiran adalah di wajibkan. Ko ingat, ko tu siapa... Teman reply message tu dan tanya detail pasal syarikat yang menganjur program tu. Farhan bagi syarikat tersebut adalah syarikat Bumiputera, iaitu MCI Harvest Sdn Bhd.


So, mula teman meng Google mencari maklumat pasal MCI Harvest Sdn Bhd nie. Perghhh... rupanya dah lama dema nie buat kerja macam nie... nie ada sorang blogger tu up entry pasal MCI Harvest nie. Kalau kome nak baca, boleh la klik kat sini ya. Ada juga laporan berita dari Harian Metro pasal penipuan pelaburan Musang King. Kome boleh klik kat sini untuk baca laporan berita tersebut.

Kalau kome nak tau pasal MCI Harvest nie, boleh je terus ke laman web mereka disini. Tiada detail berkenaan organisasi MCI Harvest nie. Siapa CEO nya, pun entah la... Menerusi carian info dari Google, MCI Harvest nie bertangungjawab untuk jualan dan pemasaran. Dari info Google juga, teman dapati MCI Harvest nie berkerjasama dengan Farmova Plantation Sdn Bhd. Info Google memaklumkan Farmova Plantation Sdn Bhd nie bertangungjawab untuk menguruskan ladang durian musang king milik MCI Harvest. Tiada info juga pasal syarikat nie. Apa pun, melalui carian di Google, teman jumpa satu video yang di upload ke YouTube. Kome boleh klik kat sini ye.

Macam yang teman dah ceritakan mula-mula tadi, teman and family pergi la menjenggah program mereka nie. At least ada bahan untuk tempek entry kat blog yang dah lama bersawang tu. Macam biasa, time Covid-19 nie semua SOP perlu di patuhi.

So, 3 October bersamaan hari Sabtu, dari Giant Shah Alam, terus bergegas ke Manjalara. Tempoh perjalanan dalam 30 minit gitu. First impresion, pejabat MCI nie tak la besar mana pun... Teman sempat snap banner di bawah nie berhampiran pintu masuk. Kebetulan, ada juga beberapa jemputan bersama keluarga masing-masing baru tiba.

MCI Harvest Sdn Bhd

Kami diberi borang kehadiran untuk di lengkapkan.

MCI Harvest Sdn Bhd

Kelihatan kesemuanya pekerja melayu di sini. Selesai mengisi borang kehadiran, dan beberapa info berkenaan pendapatan dan kad kredit yang dimiliki, VISA Gold, Platinum etc...  Setelah itu, kami di tempat di ruang menunggu. Ada bebarapa sofa di situ dan meja kecil. Di atas meja kecil, di letakkan produk-produk keluaran MCI.

MCI Harvest Sdn Bhd

MCI Harvest Sdn Bhd

MCI Harvest Sdn Bhd

Kome boleh lihat sendiri kan, semua produk mereka tiada langsung bahasa Inggeris atau pun bahasa Malaysia. Kecuali logo produk mereka la. Semuanya dalam bahasa Cina. So, memang teman tak faham apa yang ditulis disitu. Katanya itu, memang wajib di patuhi jika hendak pasarkan produk tersebut ke negara China.

Tak lama kemudian, kami di bawa ke satu ruangan dan mula la sesi penerangan. Memang teman dah jangkakan, ada tujuan lain tersirat dalam jemputan ini. Seingat teman, staf yang melayan kami nie bernama Nizam.


Sebagai pembuka bicara, dia tanya, kami tahu tak pasal jemputan nie... So, teman bagi tau je la jemputan sebagai food tester. Itu yang deme maklumkan... ooo dorang call abang ye... ooo dia bagitau tu je ye... ermmmm... Sebenarnya ada lagi... katanya food tester tu sanpingan je... tapi yang utama adalah berkenaan pelaburan pokok Musang King. Mula la di ceritakan asal penubuhan MCI nie dan penglibatan MCI untuk membantu golongan bumiputera. Mengikut katanya, owner MCI ada hubung kait dengan Tun Zaim Zainuddin. mmm... mereka nie gunakan orang politik ya... Nie teman kongsikan video MCI dengan Tun Zaim Zainuddin... Kome boleh klik kat sini ya untuk view video tu.

Dia tanya abang dan akan tak berminat ke nak ceburi bidang pertanian masa pencen nanti... Abang tak perlu susah payah menanam... Abang invest dan dapat pulangan. Ada urusan jual dan beli, ada agrement semua. Mereka ada ladang kat Kuala Lipis. Dia tunjuk le ladang deme tu... tunjuk video masuk bertita TV... Video kilang mereka kat Kuala Lipis dan Kepong siap ada VVIP lagi tu.

Mengikut katanya lagi, Tun Zaim yang membantu mereka untuk dapatkan AP eksport durian nie ke negara China. Teman nie setakat dengar saja la. Dalam video perkongsian mereka tu ada Tun Zaim, melawat kilang durian mereka. Mereka juga tunjukkan bagaimana caranya mereka membekukan durian tu menguna blast freezer pada suhu -18oC hingga -30oC, penyimpanan dan pembungkusan untuk di eksport ke negara China. Setiap durian sejuk beku ini mempu bertahan 6 bulan hingga setahun.

MCI Harvest Sdn Bhd

Teman memang tahu ada durian dari Malaysia di eksport ke negara China. Dan durian merupakan antara makanan mewah di sana. Ok, done cerita pasal durian musang king sejuk beku. So, seterusnya Nizam terus ke agenda utama mereka ia itu pelaburan Durian Musang King. Menurutnya, setiap peserta hanya di benarkan untuk melabur maximum dua pokok durian musang king sahaja yang bernilai RM16K untuk sepokok. Dan jika bersetuju, mereka akan beri kan diskaun RM2K untuk sepokok pada hari nie sahaja. Katanya, peluang pelaburan ini hanya terbuka buat bumiputera sahaja. Perghh... nampak tak agenda tersirat mereka itu.

Kat bawah nie gambar-gambar yang Farhan kongsikan melalui WhatsApps invitation hari tu...






Mengikut kata Nizam lagi, pelabur boleh memilih pokok dan akan diberi access melalui portal internet untuk melihat sendiri perkembangan pokok durian pelabur melalui cctv setiap hari dan ada portal sistem untuk lihat perkembangan pelaburan kita. Para pelabur juga akan dibawa melawat ladang, dan akan ada kendurian di ladang. Apabila berbuah nanti boleh datang dan ambik bawa balik le maybe 5 biji, dan yang selebihnya akan di jual kepada MCI dengan harga RM25 sekilo... Pelabur juga boleh pada bila-bila masa singgah untuk tengok pokok, tapi perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan. Pokok yang ada sekarang berusia 2 1/2 tahun dan akan berbuah tahun ke 5 nanti. Tau tak kome, harga Musang King di pasaran dalam RM80 sekilo.

Kat bawah nie, video yang di kongsikan oleh Farhan.


Berbuah tahun pertama jangkaan 40 biji semusim dan setahun sekarang 3 kali musim... So pelabur kena sabar dan tunggu tahun ke 5 usia pokok untuk dapat hasil dan keuntungan. Tahun berikutnya buah makin bertambah dan pendapatan juga akan bertambah. Kontrak pelaburan hanya untuk 13 tahun sahaja... Selepas 13 tahun kata dia pokok tua dan company akan beli balik dari pelabur. Setiap tahun tu boleh je nak kuarkan duit keuntungan... kalau tak keluar, selepas 13 tahun tu terkumpul RM105k.

Tapi berapa oiii nak keluar modal tu? Kikikikiki... RM14K sepokok... sepokok okay. Itu harga kalau melabur hari ini... Sebab tu deme tanya pasal kredit card. 3 tahun investment pun belum tentu dapat ROI.

Yang paling lawak tahap gaban, teman tanya la kat si Nizam tu, macam mana kome monitor pokok durian tu pakai CCTV. Dia dengan yakinnya menjawab, kita guna GPS dan monitor melalui portal yang akan di beri nanti. Perggg... dia tau ke GPS tu apa...??? Adakah MCI akan pasang CCTV pada setiap pokok mereka tu? Dalam video yang di kongsikan tu pun teman tak nampak pulak CCTV. Agak-agak la kot kalau nak melabun pun... Kan teman dah bagi tau awal, teman nie siapa... dan kerja di mana... kikikikiki... lagi nak buat lawak bodoh tu kat teman.

Sebelum balik, kami dihidangkan dengan produk durian mereka. Tak la banyak pun. Sekadar untuk rasa. 4 ulas durian musang king, ais krim durian 1 skop, paste durian musang king, kerepek durian musang king.

Lagi satu, mereka menyasarkan hanya kepada golongan bumiputera sahaja. Kenapa mereka tak tawarkan pada golongan non bumiputera? Jaga-jaga la wahai bumiputera... Jangan sampai di tipu mereka nie... Dah sebelum nie pun teman banyak kali dengar golongan bumiputera nie terjebak dalam scam investment macam nie. Kesian mereka terpaksa menanggung hutang sampai ke tua.


4 comments :

  1. Nk tanya, memang yang bagi penerangan tu Encik Nizam ke? sbb family saya baru sahaja kunjungi ofis nie tetapi dia kenalkan dirinya sbg En. Zubir? dan ayah saya dh bayar RM4888, bole ambil balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak pasti dan tak boleh komen, samada boleh ambil balik atau tak boleh? Saya cuma kongsi pendapat saya dalam entry nie dan ada sesuatu tak betul dalam program nie...

      Delete
    2. Apa pun, cuba lah rujuk pada pihak berkuasa juga ya...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...