Jauh berjalan, luas pemandangan. Pantai Sabak nie sebenarnya, penuh dengan sejarah. Bagi mereka yang tidak mengetahui sejarah, Pantai Sabak inilah tempat mula-mula Jepun mendarat di Tanah Melayu. Dengan hanya bermula dengan berjalan kaki, Jepun berjaya menjajah Tanah Melayu dan menawan Singapore. Kisah pertempuran akhir anak watan Tanah Melayu di paparkan di dalam filem Leftenan Adnan. Leftenan Adnan adalah merupakan antara perwira negara yang gugur dalam pertempuran semasa mempertahankan negara kita. Kalau kome berminat, boleh mengunjungi Muzium Angkatan Tentera untuk melihat sejarah angkatan tentera kita dalam mempertahankan negara. Klik disini untuk membaca entry berkenaan Muzium Angkatan Tentera di Melaka.
Kunjungan terbaru teman ke Pantai Sabak pada 16 Oktober 2013 yang lepas. Tiada pasir pantai dapat dilihat setelah terbinanya tembok penghalang ombak. Teman dimaklumkan terdapat perkuburan yang telah lenyap di hakis ombak. Monument sejarah seperti kubu tentera juga semakin terancam ditelan Laut Cina Selatan.
Gambar ehsan Google
Monument sejarah ini hanya terbiar di telan arus perubahan tanpa ada pihak yang datang untuk menghargai kewujudannya. Tidak mustahil, 10 tahun akan datang kedua-dua monument ini akan lenyap dimuka bumi dan tidak lagi dapat ditatap oleh generasi akan datang.
Setidak-tidaknya penduduk Pantai Sabak masih mampu mengibarkan jalur gemilang dengan sempurna. Tidak seperti badan korporat yang kaya raya hanya mampu mengibarkan jalur gemilang yang koyak rabak. Klik disini untuk membaca entry tersebut.
Di perkampungan nelayan pantai Sabak, bersusun bot-bot nelayan di pengkalan. Kebanyakkan mereka adalah nelayan kecil yang bergantung hidup dengan hasil tangkapan laut. Bot-bot mereka kecil sahaja dan tidak memungkinkan mereka untuk pergi lebih jauh ke tengah laut.
Apa pun, kebanyakkan bot nelayan di pantai Sabak agak unik. Bot-bot mereka dihiasi dengan ukiran dan seni kreatif. Berbeza dengan penampilan bot nelayan di pantai barat. Apa bila tiba musim tengkujuh, pasti bot-bot ini akan tersadai di pengkalan. Itulah lumrah kehidupan nelayan di pantai timur.

semuanya sudah terhakiss....skrg pantai timur musim tengkujuh...nelayan pun tidak dapat turun ke laut
ReplyDeleteDah lama x lepak pantai
ReplyDeleteMain layang-layang pun best...
DeleteIdah belum pernah sampai ke sini lagi...
ReplyDeleteNampak menarik dengan pantainya yang bersih...
Laut kat sini ganas... saya rasa di pantai nie, tak boleh nak mandi-manda sangat...
Deleteisk..isk..isk..sayangnya benda2 macam tu dibiarkan tanpa dipelihara..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Tau tak apa... Tak ada inisiatif dari pihak berwajib utk memelihara peninggalan sejarah nie...
DeleteRindu kapong ambo.... :(
ReplyDeleteOre kelate ke...
Delete