Perut buncit. Bagaimana hendak menghilangkannya? Melalui pengamatan teman, kebanyakkan lelaki setelah berumahtangga mengalami masalah ini. Ada juga segelintir dari mereka yang belum berkahwin turut mengalami masalah ini. Tidak terkecuali pada kaum wanita juga.
Gambar ehsan Google.
Sebenarnya perut buncit ini adalah berpunca dari amalan permakanan dan perlakuan seharian. Ianya akan mengambil masa dan perlukan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Antara petua yang perlu menjadi amalan seharian adalah seperti berikut;
- Makan Dengan Perlahan - Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.
- Jangan Minum Teh - Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.
- Kurangkan Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
- Jangan Tidur Selepas Makan - Makanan yang anda baharu ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.
- Jangan Mandi - Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.
Klik disini untuk membaca beberapa petua lagi berkenaan masalah perut buncit.
Patut laaa... gara2 minum teh rupanyaa... uishhh...!
ReplyDeleteThanks Izni 4 sharing... :)