Sedih bila tengok kibaran Jalur Gemilang di Le-Chevalier, Bukit Tinggi, Pahang. Sehari sebelum Hari Malaysia, teman dan keluarga berjalan ke Bukit Tinggi, Pahang. Inilah kali pertama teman dan keluarga kesana. Teruja bila melihatkan bangunan-bangunan unik disana. Seolah-olah kita berada di negara asing.
Tetapi, teman terkilan apabila melihatkan kibaran Jalur Gemilang di Le-Chevalier. Manakan tidak, hotel ini nampak gah dan mewah. Tetapi, Jalur Gemilang yang mereka kibarkan sangat-sangat menyedihkan. Tambahan pula di saat kita meraikan hari kemerdekaan kita yang ke 56 dan hari Malaysia pada 16 September. Kebetulan pada 15 September, pihak Le-Chevalier sedang meraikan tetamu-tetamu mereka yang berkereta mewah.
Mungkin pihak pengurusan Le-Chevalier tidak kisah. Bukan setakat Jalur Gemilang sahaja yang koyak rabak. Malah bendera negara-negara lain yang dah hancur masih lagi dikibarkan. Mungkin pihak pengurusan tidak cukup budget untuk mengantikannya dengan bendera baru. Apa pun, perlu diingat bendera negara adalah lambang dan simbol sesebuah negara yang merdeka. Jadi perlulah dijaga dihormati.
Sekurang-kurangnya kibaran Jalur Gemilang di Impiana Palace lebih bermaruah dan bergaya walau pun serba kekurangan. Itulah dia semangat negarawan tuan empunya Impiana Palace. Walau pun serba kekurangan tapi masih mampu dan bersemangat untuk menonjolkan cintanya pada negara.

yea la..kite tgk pun tak semangat la.. ade ke dowg biar je bendera tu koyak.. huhuhhu...takkan la boleh terlepas pandai...sedih betul...
ReplyDelete