Kahwin? Mestilah best. Mestilah seronok. Takkan kome tak tahu. Bila dah dah kahwin nie semuanya dapat penuh. Kalau dahulu kita beribata, dapat separuh. Sekarang bila dah berkahwin pahala dapat penuh :d
Hari nie, teman nak kongsikan satu petua rumah tangga. Khusus untuk isteri. Insyallah teman doakan segala yang terbaik kome semua. Ok, antara petua yang sempat tempat pikir teman dah list kan kat bawah nie. Harap dapat bantu kome dalam urusan rumah tangga.
- Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan pulak disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. Bukannya rugi pun kalau isteri minta maaf dulu. tak kisahlah salah siapa, apa yang penting kome jernihkan dulu perhubungan suami isteri tu.
- Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya. Usik mengusik antara suami isteri itukan perkara biasa :d
- Si suami nie sebenarnya manja sifat semula jadinya. Segagah mana pun dia, sehebat mana pun dia, suami tu tetap seorang yang manja dan suka isteri membelainya. Kalau isteri ada masa selalu-selalu lah manjakan suami kome. Kome boleh urut-urutkan badannya atau pun bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
- Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan lah pulak isteri buat acuh tak acuh, nanti hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
- Kalau hendak memikat hati suami, kenalah bermula dari perutnya. Kalau masak tu hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
- Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
- Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami. Begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
- Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
- Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita.
Petua nie hanyalah perkongsian semata-mata. Mungkin kome boleh ambilnya sebagai pandauan dalam melayari bahtera rumah tangga supaya rumah tangga selalu aman tenteram.
dalam melayari rumah tangga kena memberi dan menerima...sabar...bertolak - ansur..
ReplyDeleteYe... Teman sangat setuju dengan komen awak...
Delete