Tuesday, January 29, 2013

Hotel Review : Mahkota Hotel, Melaka

Hotel di Melaka. Kali ini teman menginap di Mahkota Hotel, Bandar Hilir, Melaka. Entah berapa kali teman check ini disini, tapi baru kali ini teman ada kesempatan untuk buat entry hotel review berkenaan Mahkota Hotel. Sempena cuti sokolah ni, teman menginap selama tiga hari dua malam untuk berjalan-jalan di Bandar Melaka nie. Perjalanan kali ini lebih kepada makan-makan sambil meneroka segala ceruk di Bandar Melaka nie. Klik disini untuk membaca entry hotel review Everly Resort Hotel, Melaka.


Gambar : blogger Jacko

Sebenarnya kedudukan Mahkota Hotel ini sangat strategik. Pengunjung boleh melihat tempat-tempat menarik di Bandar Melaka, bergantung kepada kedudukan bilik anda. Antara yang boleh dilihat dari balkoni adalah Menara Taming Sari, Kota Afamosa, Selat Melaka juga Masjid Selat Melaka. Kedudukan Mahkota Hotel adalah bertentangan dengan Mahkota Parade. Kedudukan Dataran Pahlawan Megamall adalah dalam jarak berjalan kaki sahaja. Sebagaimana yang anda sedia maklum, barang-barang hasil kraf tangan, artifak seni amat mudah didapati disini.



Untuk check kali ini, teman dan keluarga diberi bilik bernombor 3128, di tingkat 12, blok Lotus. Rasanya nie kali ke tiga kami menginap disini. Tapi, bilik lain-lain la, tak kan sama kot... Ok, kalau nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan Hotel Mahkota, sila klidisini. Percutian kali ini, teman hanya booking apartment 2 bilik sahaja. Seperti kebanyakkan apartment hotel, bilik ini dilengkapi dengan ruang tamu, set TV, ruang dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk, pemanas air berserta set minuman panas teh dan kopi. Ruang dapur juga turut dilengkapi dengan satu set meja makan. Semua bilik dilengkapi dengan aircond termasuklah di ruang tamu dimana suhunya boleh dikawal berasingan.




Ok, jom kita layan gambar-gambar Mahkota Hotel nie.

Ini adalah pool view dari balkoni di ruang tamu. Kolam disebelah kiri itu adalah jakuzi. Ini adalah pool nombor dua, bersebelahan dengan blok Lotus. Kolam ini terletak di bahagian tengah Mahkota  Hotel. Kolam separuh bulat sebelah kiri dan kolam bulat sebelah kanan itu adalah untuk kanak-kanak dibawah umur 6 tahun, ianya turut dilengkapi dengan gelongsor air dan payung cendawan air. Kolam utama adalah sedalam dada orang dewasa, lebih kurang 5 kaki dalamnya.




Ini pula adalah kolam utama. Kolam ini terletak berdekatan dengan bangunan utama, iaitu di bahagian registration. Dalam banyak-banyak hotel teman pernah check in, Mahkota Hotel ada banyak kolam untuk tetamunya. Kalau bercuti sambil bermandi-manda, boleh datang ke Mahkota Hotel Melaka nie.





Ok,cerita pasal kolam sudah. Kita tengok pulak bagaimana keadaan dalam hotel ini.



Ini ruang tamunya, dilengkapi dengan set sofa dan TV. Walaupun TV nya masih mengunakan model yang lama, tapi cukup lah sebagai mengisi hiburan dimasa lapang. Kemudahan internet access pula tidak disediakan untuk appartment nie... Jadi agak susah sikit la kalau nak access internet. Lebih baik la kalau ada mobile broadband 3G. Senang nak access internet dimana-mana.




Ini pula adalah master bed roomnya... cantik... siap dengan sebuah kerusi dan meja solek...





Wardrobe pun agak usang... pintu wardrobenya pun agak susah nak ditutup... tiada security box seperti kebanyakkan hotel lain...


Tombol pintu untuk master bed room pun dah rosak... tengok la gambar dibawah nie... mungkin kerosakkan sekecil ini pihak pengurusan tak ambil kisah sangat...




Antara barangan yang ada di meja solek di dalam master bed room...



Ini pula adalah bath tab master room... Actually, bath room untuk master room mempunyai dua pintu... satu dari dalam bilik master room dan satu lagi dari  ruang tamu...  macam tak best la pulakkan sebab kebiasaannya untuk master bedroom pintu bilik mandinya hanya boleh diaccess dari dalam bilik saja...



Seriusly, bila tengok bilik air nie... teman tension dan sangat geram... bukan apa, hotel nie nampak gah di pandangan mata. Tapi tekanan airnya... kuat lagi presure air di rumah teman... kalau mandi diwaktu puncak, confirm tekanan airnya slow giler... Kalau kome bersabun, bersyampu bagai... memang lambat nak bersihkan diri dari kesan sabun atau syampu tu.... mandi pun tak puas... rasa macam tak mandi jer... paling teruk sekali bila diwaktu puncak... mungkin ramai orang gunakan air diwaktu tu... tekanan air menjadi bertambah teruk.

Kenapa... Tak percaya...Meh tengok komen-komen di Foursquare...





Nie baru komen-komen kat Foursquare, belum lagi teman buat total review untuk hotel nie. Ok, habis review pasal bilik.

Kita tengok pemandangan luar pulak. Gambar nie pemandangan kat luar bilik dari balkoni dan dari bilik master room.



Kome nampak tak benda yang tenggelam dalam air tu... sebuah jentera pengorek... sebenarnya, waktu teman check in kat sini, kerja-kerja penambakkan tanah masih lagi berjalan. Tak tahu lah teman untuk projek apa nie... Lain kali, kalau menginap disini, mungkin dah tak nampak laut Selat Melaka lagi... Nun jauh di sana, kita boleh tengok Masjid Selat Melaka.






Ini pula gambar dari balkoni ke bawah...



Di waktu malam, kita boleh lihat Masjid Selat Melaka tersergam indah...



Ok, habis review berkenaan pemandangan dari bilik. Memang telah menjadi kebiasaan, bila teman check in pasti termasuk sekali dengan sarapan. Ok, teman nak review cafe di Mahkota Hotel Melaka. Cafe disini di kenali sebagai Cafe Mahkota.



Menu sarapan pagi boleh dikatakan memuaskan hati. Menunya biasa-biasa sahaja. Antaranya ada nasi lemak, roti canai, mee goreng, bubur nasi, mee sup, western food sket macam nugget dan hot dog.

Ok, ini adalah starter breakfast teman kali nie... teman start dengan puding roti dulu. Kenapa? Sebab teman nie memang sukakan puding roti.




Selain dari makanan, ada sesuatu yang begitu unik sekali. Tengok gambar dibawah nie... Nampak tak waiter tu... Kembar seiras. Patut la banyak kali teman selisih dengan dia. Rupanya ada 2 daa...



Habis la sudah teman review kemudahan yang ada disini..

Macam kebiasaan, teman akan bagi review keseluruhan berkenaan Mahkota Hotel, Melaka nie. Rating ini adalah hasil kepuasan teman semasa menginap selama 3 hari dua malam disini.


Bilik (kebersihan, kelengkapan etc)                     

Kemudahan yang disediakan                                
Khidmat pelanggan (kaunter & house keeping)      

Cafeteria                                                           

Kepuasan menginap (keseluruhan)                         





*Cadangan kepada pihak pengurusan hotel. Harap dapat perbaiki mutu perkhidmatan di kaunter dan isu tekanan air di bath room.

Klik disini untuk membaca entry Everly Resort Hotel, Melaka.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...