Misteri kehilangan MH370. Petikkan berita dari Astro Awani berhubung kenyataan JACC yang menyimpulkan pesawat tidak hilang di kawasan isyarat ping yang di kesan. Klik disini untuk membaca berita tersebut. Banyak betul teori yang muncul. Sehingga kini, kita masih tidak tahu nasib anak-anak kapal dan penumpang MH370 nie. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka dan semoga usaha pencarian dipermudahkan.
Tapi ada satu teori yang menarik perhatian teman iaitu MH370 di telan lubang hitam atau black hole. Teori nie satu-satu teori yang berkaitan dengan paranormal. Sejauh mana kebenaran teori ini, umum masih tidak diketahui. Para saintis masih lagi mengkaji kejadian alam ini.
Apa pun, teori ini masih tidak dapat dibuktikan ada kaitannya dengan kehilangan peswat MAS MH370. Untuk pengetahuan, satu kejadian aneh berlaku setelah 35 tahun pesawat ini dilaporkan hilang, tiba-tiba muncul semula di ruang udara Parto Alegre, Brazil. Pesawat ini telah melakukan beberapa pusingan sebelum mendarat tanpa membuat sebarang bentuk perhubungan dengan pusat menara kawalan lapangan terbang.
Pesawat yang dilaporkan hilang pada 4 September 1954 dan kembali muncul pada 12 Oktober, 1989. Mengikut data penerbangan, pesawat ini berlepas dari Aachen, German Timur dan dilaporkan hilang di lautan Atlantik ketika dalam penerbangan ke Parto Alegre, Brazil. Inilah rupa pesawat tersebut.

Klik disini untuk membaca Weekly World News terbitan 14th November 1989. Pesawat ini telah selamat mendarat. Tetapi apabila pintu pesawat ini di buka, mereka hanya menemui 88 rangka penumpang dan 4 krew pesawat yang telah meninggal dunia. Begitu juga di ruang kokpit pesawat tersebut. Mereka hanya menemui rangka juru terbang pesawat tersebut.
Pesawat ini merupakan pesawat dari Lockheed Super Constellation. Teknologi ketika itu tidak secanggih pesawat sekarang yang membolehkan ia terbang sendiri tanpa juru terbang di dalam pesawat. Timbul persoalan, bagaimana pesawat ini boleh terbang dan mendarat dengan sendirinya. Siapakah yang menerbangkan pesawat ini. Bagaimanakah juru terbang tengkorak itu menerbangkan dan mendaratkan pesawat ini? Sehingga kini, misteri ini masih lagi tidak terjawab.
Misteri kehilangan pesawat Santiago Airlines Flight 513 masih lagi tinggal tanda tanya. Sejauh mana kebenarannya, umum masih tidak diketahui. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menyorok maklumat berkenaan kejadian ini.
Kehilangan MH370 bukanlah satu-satunya pesawat yang hilang dan tidak dapat dikesan. Terdapat beberapa kes kehilangan pesawat yang menjadi misteri. Klik disini untuk membaca 6 misteri pesawat hilang. Lagi berita berkenaan pesawat hilang, klik disini untuk membacanya.
Lets pray for MH370. Semoga segalanya dipermudahkan untuk kita menemui pesawat ini dan penumpangnya. Amin.
harap sangat dapat bukti di mana pesawat mh370 berada,
ReplyDeletesangat misteri
Apa pun kita doakan yang terbaik buat MH370 dan penumpangnya....
ReplyDeletetapi kalau betul transponder pesawat ditutup dengan sengaja, maka teori paranormal ini susah sikit nak diterima...apa-apa pun banyak benda yang boleh dijadikan pengajaran oleh dunia aviation selepas berlaku kes kehilangan #MH370 ini...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
I don't think so. Still acceptable. Bukan apa, tengok saja di area Segi Tiga Bermuda, sampai sekarang tiada penjelasan saintifik mengapa banyak kehilangan pesawat dan kapal di kawasan ini.
Deletebetul gak tu..sebarang kemungkinan perlu diambil kira gak walaupun peratusnya sedikit...
Delete