Pernah tak kome mengalami masalah ketuat? Ketuat nie kebiasaanya tumbuh di bahagian jari. Tapi ada jugak yang tumbuh di bahagian tubuh badan yang lain. Sebelum nie, teman ada kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah ketuat nie.
Untuk pilihan rawatan keatas masalah ketuat ini, kome hanya perlukan dua bahan ini;
- Daun kesum
- Sedikit garam halus
Kebiasaannya daun kesum ini kita gunakan dalam masakkan asam pedas atau laksa. Tapi kali ini kita gunakan daun kesum untuk menghilangkan ketuat. Caranya mudah sahaja. Daun kesom ini kome ambil dalam beberapa helai sahaja. Bersama sedikit garam halus tumbuk sehingga lumat. Kemudian sapukan pada ketuat dan biarkan sehingga kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat kering dan hilang dengan sendirinya.
Jika tiada daun kesum, kome boleh cuba beberapa petua yang teman kongsi dalam entry yang lepas. Macam-macam petua dan cara untuk menghilangkannya. Kome boleh cuba. Kuat nie jika tidak dirawat, akan berjangkit kat tempat lain pulak. Bahaya tu.
terima kasih atas tips nie bro..nanti aku double check balik macam mana rupa ketuat nie..rasa pernah dengar tapi tak sure yang mana..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Petua yg mudah..senang..murah..xpayah beli ubat dah farmasi dah....
ReplyDeleteBagus lar petua nie... idah memang suka petua ringkas2 camnie...
ReplyDeletenanti kalau ada ahli keluarga yg ada ketuat nie bleh suruh guna petua nie... thankss Izni.. ;)
terima kasih bagus juga petua ni,
ReplyDeletesebab senang nak cari kan
boleh cuba ni. Banyak kebaikan daun ni juga yea.
ReplyDelete