Tempat makan best di Kota Bharu, Kelantan. Kali ini, Jalan-jalan Makan-makan bersiaran di Captain T Restaurant, Kota Bharu sempena cuti balik beraya. Mula-mula niat di hati nak bawak Aisar dan mama belayar menyusuri sungai Kelantan nie. Maklum laa, dari jauh lagi dah nampak kapal nie di atas sungai Kelantan.
Ingatkan boleh la berlayar, rupa-rupa hiasan semata-mata, nak bergerak pun tak boleh. Sebenarnya, ada dua buah replika kapal berada disini. Sebuah terletak diatas Sungai Kelantan dan sebuah lagi diatas tebing Sungai Kelantan. Kapal di atas nie yang teman nampak dari atas jambatan semasa menyeberangi Sungai Kelantan.
Ingatkan boleh la berlayar, rupa-rupa hiasan semata-mata, nak bergerak pun tak boleh. Sebenarnya, ada dua buah replika kapal berada disini. Sebuah terletak diatas Sungai Kelantan dan sebuah lagi diatas tebing Sungai Kelantan. Kapal di atas nie yang teman nampak dari atas jambatan semasa menyeberangi Sungai Kelantan.
Gambar nie ehsan dari blogger Prints Of My Heart
Kapal nie rupanya sebuah restoran terapung. Punah la harapan nak belayar di sungai Kelantan nie. Ingatkan macam di Melaka River Cruise tu, boleh belayar di sungai. Check entry berkenaan Melaka River Cruise disini.
Disebabkan kami sudah pun berada disini setelah mengharungi kesesakkan lalu lintas untuk menyeberang sungai Kelantan nie. Maka terpaksa la diubah rancangan dari belayar di sungai Kelantan ke sesi mengisi perut di tebing sungai Kelantan. Lagi pun Aisar dah teruja bebenor nak naik kapal nie. Nie la gambar-gambar yang sempat teman ambil semasa berkunjung disini. Untuk pembaca yang ingin kesini, dibawah teman ada kongsikan koordinate GPS bagi panduan anda.
6.114185,102.228651
View Larger Map
Bila dah sampai, macam nie la rupanya restoran tu... Dari kejauhan, kita boleh nampak jambatan yang menyeberangi sungai Kelantan. Jambatan baru pula sedang dalam pembinaan. Kapal yang berada diatas sungai Kelantan tu bentuknya tak berapa menarik sangat.
Gambar diatas pula diambil dari atas replika kapal di tebing sungai Kelantan. Nie la rupanya kapal yang berada diatas tebing sungai Kelantan tu. Nampak seperti kapal sebenarkan...
Selain dari menikmati hidangan diatas kapal, pengunjung juga boleh menjamu selera di tebing sungai sambil menikmati keindahan alam suasana petang sambil di hembus angin petang.
Apa keistimewaan makanan disini... mmm... Restoran ini menyediakan makanan ala seafood dan western, ala carte menu seperti nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Tetapi menu ala-carte agak terhad. Harga makanan disini juga agak mahal tetapi berbaloi sebab ianya dihidangkan dalam kuatiti yang banyak. Jom kita lihat antara senarai menunya...
Untuk kali ini, teman pesan Nasi Goreng Ketam untuk dikongsi bersama wife tercinta dan anakanda Aisar. Harga nasi goreng nie dalam RM30.++ add in pulak kangkong goreng. Untuk minuman pula, teman pesan air jus tembikai susu dan wife teman pesan air epal. mmm... tentang rasanya... boleh la... tapi masakkan sayur kangkongnya tak berapa best la...
Biasa la kan... dah nama pun nasi goreng ketam... so, ada la seekor ketam dok bertenggek kat atas nasi tu... macam yang teman storykan diatas, nasinya pun agak banyak setara dengan harganya... sepinggan nasi goreng ketam makan bersama isteri tercinta... romantik gitu... hehehehehe...
Masa menghadap makan tenghari lewat nie, kami duduk di dalam kabin kapal atau pun main bridge tempat kapal di kemudikan. Apa yang ada dalam kabin utama nie yer... tengok jer la kat gambar dibawah nie... Kabin utama nie ada aircond, so tak la panas sangat.
Disebabkan cuaca agak redup, tapi suhu agak panas, tekak pula cepat kering... teringin pulak pekena banana split... apa lagi order semangkuk, share berdua dengan wife tercinta... romantiknya... Aisar pun share sekali... tak cukup dengan banana split, teman pesan jus tembikai dan fresh oren... tu dia, sekali datang dua gelas sorang kami pesan... :)
Kali nie, teman duduk di anjungan pula. Di luar bahagian hadapan kabin utama. Memang best lepak-lepak disini pada waktu petang sambil dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Pekena pulak jus buah dan banana split... memang best la...
Sambil duduk menikmati keindahan alam, terman terfikir teruk jugak ye kerja pelayan disini. Dapur tempat memasak terletak agak jauh. Jenuh juga la para pelayan nie naik turun kapal tiga tingkat nie untuk ambil order dan hantar makanan.
Macam mana pula nak hantar bekalan makanan untuk kapal yang diatas sungai tu...kita tengok gambar kat bawah nie, macam mana mereka hantar bekalan makanan dan pinggan mangkuk ke kapal tu...
Tuu dia, depa hantar guna bakul la... dalam bakul tu ada segala peralatan untuk makan dan minum. Selain dari menjadi tumpuan pelanggan untuk menikmati hidangan disini, Captain T Restaurant juga menjadi tumpuan juru gambar sebagai lokasi pengambaran mereka. Kebetulan pulak, ada pengantin tengah buat photoshoot kat sini... mmm... romantik betul depa...
Pihak pengurusan restoran turut menyediakan surau yang selesa untuk pengunjung menunaikan kewajipan ibadat. Sebelum berangkat pulang, sempat juga teman ambil beberapa gambar menarik untuk dikongsikan disini.
Antara landskap menarik disini...
Klik disini untuk membaca entry makan-makan di Kota Bharu, Kelantan.
Pihak pengurusan restoran turut menyediakan surau yang selesa untuk pengunjung menunaikan kewajipan ibadat. Sebelum berangkat pulang, sempat juga teman ambil beberapa gambar menarik untuk dikongsikan disini.
Antara landskap menarik disini...
eh? hr yg sama la
ReplyDeletekami skuarge pun p naik kapal semalam :)
...mmg klu p ramai, mcm murah pulak reganya
wan KB