Monday, April 21, 2014

Tips untuk mengetahui lelaki itu cemburu

Macam mana kome nak tahu lelaki itu sedang dilanda perasaan cemburu. Kalau wanita sememangnya mudah meluahkan emosi cemburu terhadap pasangannya. Tapi agak sukar menggagak hati seorang lelaki. Ego mereka terlalu tinggi untuk meluahkan perasaan cemburu yang mereka rasai. Mahu ketahui apakah reaksi lelaki yang cemburu? Jom ikuti info yang teman kongsikan disini.


Gambar ehsan blogger haslinyda-umairah.


1. Cepat marah
Tanpa sebab, si dia marah-marah pada anda. Walhal perkara yang anda lakukan itu biasa saja. Sikap sensitif yang ditunjukkan menunjukkan reaksi cemburunya. Apabila anda mahu menerangkan situasi, cepat-cepat dia membidas kerana tidak mahu ambil tahu punca cemburu yang bersarang dihatinya.

2. Berdiam diri
Kebanyakkan lelaki tidak suka membebel. Apabila mereka cemburu, mereka lebih senang mendiamkan diri dan tidak membicarakan soal cemburu kerana bimbang ia akan mengundang perasaan marah dihatinya.

3. Sukar dihubungi
Seorang lelaki yang cemburu lebih senang menjauhkan diri dari pasangannya. Selepas segalanya kembali pulih barulah dia akan mendapatkan pasangannya. Hal ini kerana, ketika fikirannya berkecamuk dia tidak dapat berfikir dengan tenang.

4. Bermasam muka
Lelaki yang cemburu gagal untuk mempamerkan senyuman di wajahnya sewaktu keluar bersama. Perasaan cemburu yang bersarang dihati membuatkan sidia malas untuk bersembang dengan anda. Barangkali dia juga kesal dengan sikap anda yang mudah melayan individu yang tidak berkenan dihatinya.

Klik disini untuk membaca tip untuk memikat hati wanita dan disini tips untuk memikat hati lelaki.

11 comments :

  1. agreed bro, nak tambah skit yang no 3 tu..kekadang kita yg lelaki bukan nak lari dari perempuan tapi kekadan kita perlukan masa sekejap untuk cool off..hehehe..Menabung YES Rio disini..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. laaaa.... selama ni rupanya memang mamat tu cemburu rupanya. sebab semua tu dia buat! semua!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kantoi sudah... anyway, cemburu kalau keterlaluan pun tidak bagus. Bahaya pulak nanti.... anyway, kalau tak cemburu tak bagus jugak... so, biarlah cemburu tu sederhana.... cemburu tu kan tandanya sayang.... :)

      Delete
  3. cemburu nie kadang2 boleh bagus dan kdang2 tak..depends kepada cara seseorang tu menghadapinya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. biasanya boleh agak..bila datangnya cemburu suami...tapi jgn nak uji²...suami xsuka diuji samada cemburu atau tidak...xpasal² gaduh ...hehehhehehe

    ReplyDelete
  5. gd one, masalahnya tok laki KA tu tk reti bab2 cemburu ni acaner tu !

    ReplyDelete
  6. tambah , byk bertanya ttg lelaki yg dicemburukan ...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...