Macam mana kome nak tahu lelaki itu sedang dilanda perasaan cemburu. Kalau wanita sememangnya mudah meluahkan emosi
cemburu terhadap pasangannya. Tapi agak sukar menggagak hati seorang lelaki. Ego
mereka terlalu tinggi untuk meluahkan perasaan cemburu yang mereka rasai. Mahu
ketahui apakah reaksi lelaki yang cemburu? Jom ikuti info yang teman kongsikan disini.
Gambar ehsan blogger haslinyda-umairah.
1. Cepat marah
Tanpa sebab, si dia marah-marah pada anda. Walhal perkara yang anda lakukan itu biasa saja. Sikap sensitif yang ditunjukkan menunjukkan reaksi cemburunya. Apabila anda mahu menerangkan situasi, cepat-cepat dia membidas kerana tidak mahu ambil tahu punca cemburu yang bersarang dihatinya.
2. Berdiam diri
Kebanyakkan lelaki tidak suka membebel. Apabila mereka cemburu, mereka lebih senang mendiamkan diri dan tidak membicarakan soal cemburu kerana bimbang ia akan mengundang perasaan marah dihatinya.
3. Sukar dihubungi
Seorang lelaki yang cemburu lebih senang menjauhkan diri dari pasangannya. Selepas segalanya kembali pulih barulah dia akan mendapatkan pasangannya. Hal ini kerana, ketika fikirannya berkecamuk dia tidak dapat berfikir dengan tenang.
4. Bermasam muka
Lelaki yang cemburu gagal untuk mempamerkan senyuman di wajahnya sewaktu keluar bersama. Perasaan cemburu yang bersarang dihati membuatkan sidia malas untuk bersembang dengan anda. Barangkali dia juga kesal dengan sikap anda yang mudah melayan individu yang tidak berkenan dihatinya.
agreed bro, nak tambah skit yang no 3 tu..kekadang kita yg lelaki bukan nak lari dari perempuan tapi kekadan kita perlukan masa sekejap untuk cool off..hehehe..Menabung YES Rio disini..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Yes. Setuju sangat dengan pendapat awak...
Deletenice info :)
ReplyDeletelaaaa.... selama ni rupanya memang mamat tu cemburu rupanya. sebab semua tu dia buat! semua!!!
ReplyDeleteHehehe... kantoi sudah... anyway, cemburu kalau keterlaluan pun tidak bagus. Bahaya pulak nanti.... anyway, kalau tak cemburu tak bagus jugak... so, biarlah cemburu tu sederhana.... cemburu tu kan tandanya sayang.... :)
DeletePerkongsian yang berguna.
ReplyDeletecemburu nie kadang2 boleh bagus dan kdang2 tak..depends kepada cara seseorang tu menghadapinya..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
datang lagi menabung michelin..
ReplyDeletebiasanya boleh agak..bila datangnya cemburu suami...tapi jgn nak uji²...suami xsuka diuji samada cemburu atau tidak...xpasal² gaduh ...hehehhehehe
ReplyDeletegd one, masalahnya tok laki KA tu tk reti bab2 cemburu ni acaner tu !
ReplyDeletetambah , byk bertanya ttg lelaki yg dicemburukan ...
ReplyDelete