Pasti saat berbicara dengan lelaki, ada kala
wanita keliru dengan beberapa jenis gerak laku atau reaksi yang diperlihatkan.
Malah akibat disalah tafsir perbualan menjadi dingin dan hubungan mula sukar difahami.
Gambar ehsan Google.
Seperti wanita, lelaki turut mempunyai
alasan terhadap sebarang tindak balas fizikal saat membicarakan sesuatu hal.
Berikut panduan berguna bagi mengenali sikap lelaki melalui gerak laku atau
reaksi mereka saat berbicara.
Tutup mulut ketika berbicara
Tindakan ini membayangkan lelaki kemungkinan
berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu atau dia sendiri tidak yakin dengan
perkara yang diucapkan.
Berpeluk tubuh ketika berbicara
Lelaki jenis ini memperlihatkan satu sikap
yang defensive. Dia tidak menerima pandangan orang lain. Tindakan ini juga
menggambarkan lelaki ini sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama. Gerak
laku yang sedemikian juga menunjukkan lelaki berkenaan berbeza pendapat, serba
salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan anda.
Mata tidak fokus
Apabila seseorang lelaki memperlihatkan
gerak laku seperti ini, sebenarnya dia tidK berminat pada perkara yang
diucapkan. Kalaulah anda baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini
menunjukkan lelaki itu tidak benar-benar berminat pada diri anda.
Dahi berkerut-kerut
Reaksi ini menandakan dia berminat dengan
apa yang ada ucapkan tapi tidak percaya apa yang anda ceriyakan padanya.
Mata berkedip lebih laju daripada biasa
Gerakkan ini menandakan lelaki tersebut
adalah seorang pendusta. Awas, kata-kata yang keluar dari mulutnya memang tidak
boleh dipercayai.
Pandang tepat ke mata
Andai si jejaki mempunyai gerak laku seperti
ini, ia menunjukkan dia amat berminat dengzn isi percakapan anda. Atau kiranya
isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar
berminat untuk berkenalan dengan anda secara lebih dekat.
Bersandar ketika berbicara
Andai lelaki mempunyai reaksi seperti ini
pada saat anda sedang bercakap dengannya, ia menunjukkan dia bersikap negatif
kepada anda. Kemungkinan dia sedang berasa bosan, menyampah atau memandang
rendah kemampuan diri anda.
Mencekak pinggang
Lelaki yang melakukan reaksi seperti ini
adalah orang yang bersikap bersiap sedia. Mereka selalunyaa mempunyai objektif
dan cita-cita jelas. Dia juga biasanya memiliki cita rasa yang tinggi dan
didorong oleh hasrat untuk berjaya.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Klik disini untuk membaca tips untuk memikat hati lelaki.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Klik disini untuk membaca tips untuk memikat hati lelaki.
Uisshh.... camtu yer... ;)
ReplyDeleteada benarnya..sebab salah satu ciri yang berpeluk tubuh ketika berbicara..mmg kena sekali...
ReplyDelete