Thursday, April 10, 2014

Petua : Menajamkan gunting yang tumpul

Kome pernah guna gunting tak? Mesti pernah kan... Takkan lah tak pernah guna gunting... Gunting nie sebenarnya boleh tumpul juga. Bila dah tumpul tu, susah sket la nak menggunting. Teman nak kongsikan satu cara mudah, macam mana nak bagi gunting tajam semula.


Gambar ehsan Google

Sangat mudah tau... kome perlu dapatkan beberapa helai daun sirih. Tak payah lah cari daun sirih bertemu urat tu... Ambil jer mana-mana daun sirih tu. Janji daun sirih tu segar. Nak buat apa daun sirih nie? haa... jangan pulak kome buat ulam daun sirih tuh :d

Gambar ehsan Google

Ok, caranya macam nie. Daun sirih tu kome guntingkan dengan mengunakan gunting yang tumpul tu. Gunting satu persatu daun sirih tu. Sehelai daun sirih tu, kome boleh gunting banyak kali.

Nanti kome akan dapati gunting dah tajam semula. :d

1 comment :

  1. banyak gunanya daun sireh ni....bimbang dah gunting²....terus buat ulam terus...hahahhahaa

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...