Sunday, June 30, 2019

Kuliah : Hari sesalan

Sekadar memanjangkan perkongsian video kuliah ini berkenaan dengan hari akhirat. Ikutilah perkongsian video di bawah ini.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, June 29, 2019

Kuliah : Membawa dompet kulit semasa solat

Apa kata ustaz tentang membawa dompet kulit semasa solat?


Perkongsian dari FB Dato' Seri Dr. Zulkifli


Wednesday, June 26, 2019

Wordless : Mati ditimpa durian

Sekarang nie musim buah durian. Raja segala buah ini memang sedap dan harganya pun boleh mencapai ratusan ringgit. Dalam mencari buah durian yang luruh di kebun tu, keselamatan perlu juga dijaga. Teman pernah tengok orang ditimpa buah durian yang luruh. Tapi setakat nie tak pernah lagi dengar kejadian mati di timpa buah durian.


Cuma kejadian ini mungkin satu-satunya kejadian yang meragut nyawa, berada pada tempat yang salah, pada waktu yang salah.

Mati ditimpa durian


Tuesday, June 25, 2019

Now we can

Musuh-musuh islam nie semakin licik pulak untuk menjahanamkan umat Islam. Harap sangat jangan ada umat Islam tak terpedaya dengan dakyah mereka ini. Boleh pulak dema mempromosikan produk mereka nie secara terbuka. Memang la produk terbaru mereka nie tanpa alkohol dan sasaran pelanggan mereka adalah non muslim. Klik disini untuk membaca berita penuh.



Kalau dah untuk non muslim saja, jangan la letak sebaris dengan produk-produk lain untuk semua golongan.



Apa pun, kita sebagai orang Islam, jangan la sesekali kita menyokong produk mereka nie ya, secara tak langsung kita menyokong perniagaan mereka yang terang-terang bertentangan dengan syiar Islam. Mungkin yang ramai disana tu lupa Heineken nie jual produk apa kot... Untuk refresh memori kome tu... nie teman sharekan info dari wikipidea berkenaan Heineken.



Produk nie dah mula masuk kat pasaraya... Now we can... Beringatlah kome wahai saudara-saudara ku sekalian... Janganlah kamu mudah sangat terpedaya dengan tipu helah ini yang terang-terang kita tahu apa statusnya... Boleh pulak produk nie di letak sebaris dengan produk minuman yang lain tu.

Now we can

Sama-sama la kita beringat dan mengingatkan sesama kita ya.


Tuesday, June 18, 2019

8 Tips untuk membeli lemang

Lemang adalah antara juadah yang wajip ada masa raya. Kome pun tau la kan, nak masak lemang nie ambil masa yang lama, bukan senang. Jenuh menahan panas bara api masa membakor lemang tu. So, ramai yang beli je lemang untuk majlis rumah terbuka raya. Teman sendiri pun tak ingat, bila kali terakhir teman bakor lemang kat kampun dulu.

Kat tepi-tepi jalan ramai yang ambil peluang untuk jual lemang nie. Korang pun mesti selalu beli lemang yang jual di tepi-tepi jalan tu kan. Tapi, korang tahu ke cara memilih lemang yang betul-betul masak? Nie teman kongsikan tips pemilihan lemang yang betul.

Tips untuk memilih lemang


1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak 'wayang' je bakar lemang. Sesetengah orang tu, diorang kukus lemang tu kat tempat lain, dan bawak mai ke gerai diorang dan layur je kat bara api tu.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil
Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut mentah.

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang

Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak.

4. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang.

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis 'chemical' khas untuk mengelakkan anai-anai makan.

5. Masa pilih lemang yang masak, ambil lemang yang bahagian atas 'kepala' dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lemang tu lama sikit, paling lama dalam 2 hari.

6. Cara untuk menyimpan lemang

Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang 'upside down' dan biar dia tegak berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.

7. Cara untuk mengenal pasti lemang yang dah lama dan basi

Sebelum beli lemang, pastikan bau dahulu 'kepala' lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

8. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab.

Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Kome sebagai pembeli ada hak-hak kome semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual ya...



Thursday, June 13, 2019

Petua : Untuk cepat turunkan berat badan

Setelah sebulan kita berpuasa, pasti ramai yang berat badannya menurun. Kalau tak banyak, pasti ada penurunan. Kome ada tak timbang berat badan kome pada hari terakhir puasa hari tu? Lepas seminggu beraya nie, kome ada tak timbang semula berat badan kome tu? Kome perlu ingat, punca penyakit adalah dari perut. Kita ini adalah apa yang kita ambil dalam permakanan seharian kita. Cuba kita jadikan Islam sebagai cara hidup kita. Sebaik-baik makan adalah berhenti sebelum kenyang. Jaga permakanan kita, jangan berlebihan.

Berat badan

Gambar ehsan Google.

Untuk entry hari ini, teman nak kongsikan bagaimana hendak kita maintain berat badan yang ideal.

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan kome berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air berkarbonat, kuih muih, serta makanan ringan.
  3. Jika kome berasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
  4. Jangan makan lewat malam. Jika kome tergolong dalam golongan ini kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur.
  5. Jika kome terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau ambil buah-buahan seperti pisang atau epal.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan kome dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Kome hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
  7. Kawal nafsu makan kome, kerana iakan membuatkan kome makan lebih dari yang sepatutunya. Inilah sebabnya mengapa kome perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan kome tu.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk kome dan sama-samalah kita jaga anugerah kesihatan ini ye.


Wednesday, June 12, 2019

Wordless : Baju raya dan karpet

Bila karpet dan baju raya sama. Boleh main sembunyi-sembunyi di karpet tu... Macam manalah boleh sama yer... Cuba kira, ada berapa orang baju sama atas karpet tu?




Sunday, June 9, 2019

Kuliah : Amalan hebat yang boleh dilakukan dalam masa satu minit

Untuk entry hari ini, teman hendak kongsikan 8 amalan ini yang boleh di lakukan dalam masa ‘1 Minit’,  tetapi ganjarannya sangat besar.

Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.

Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.

Amalan hebat

Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.
(Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

#3 – Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

#4 – Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim.
(Hadis Riwayat Bukhari)

#5 – Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim.
(Hadis Riwayat Muslim)

Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

#7 – Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!

Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.
(Hadis Riwayat al-Thabarani)

#8 – Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.

Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.
(Hadis Riwayat Muslim)

Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!

Kesimpulan

Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.

Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita. Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.

KONGSIKANLAH ARTIKEL INI...

Nabi Muhammad s.a.w berpesan; “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manfaat.