Pernah tak kome mengalami situasi di mana kome tercekik atau terlekat tulang ikan semasa makan. Kebanyakkan ikan yang sedap mempunyai banyak tulangnya. Walau pun kita berhati-hati semasa makan ikan tersebut, perkara terlekat tulang ikan ini akan terjadi juga. Teman sendiri pun ada juga beberapa kali mengalami situasi sebegini. Ada beberapa petua orang lama untuk mengatasi masalah terlekat tulang ikan nie.
Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan dua petua tersebut.
Mengunakan madu lebah
Petua ini mengunakan madu sebagai pemudah cara. Bila terlekat tulang ikan, celup jari ke dalam madu lebah. Kemudian selawat sebanyak tiga kali (3x), masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari tersebut perlahan-lahan. Insya Allah tulang ikan yang terlekat itu akan keluar dengan mudah.
Mengunakan nasi
Petua ini mengunakan nasi putih. Nasi putih tersebut hendaklah di kepal menjadi bebola nasi kecil. Kemudian selawat tiga kali (3x) dan telan bebola nasi tersebut. Insya Allah tulang ikan tersebut akan keluar dengan mudah.
Asteroid atau Meteor. Tapi orang melayu kita panggil Tahi Bintang. Tiba-tiba saja teman nak buat entry pasal asteroid nie lepas kunjung balas dan komen-komen di blog kawan blogger Dunia Zumalpasal Meteor yang jatuh di Rusia pada 15th February, 2013. Meteor ini dianggarkan seberat 10 tan lebih berat dari Eiffel Tower. Asteroid ini terhempas di Chelyabinsk Oblast, Rusia. Klik disini untuk info asteroid yang telah menghentam bumi ketika ini.
Sebenarnya, teman nie memang minat sangat dengan dunia sains teknologi angkasa lepas nie. Masa sekolah dulu, teman ada segala info pasal stesen angkasa MIR milik Soviet Union. Manusia pertama berada di angkasa lepas, manusia pertama mengelilingi bumi dan manusia yang paling lama berada di angkasa lepas semuanya adalah berasal dari Rusia atau dulu lebih di kenali sebagai Soviet Union.
Disebabkan tak mahu ketinggalan dalam perlumbaan penerokaan angkasa lepas, Amerika pun menghantar Niel Amstrong sebagai manusia pertama menjejakkan kaki di bulan. Kejayaan ini masih lagi di anggap propaganda kerana sehingga kini masih tiada lagi manusia di hantar ke bulan.
Ok, kembali pada info yang teman nak kongsikan disini. Sebenarnya bumi yang kita sayangi ini, telah beberapa kali di hentam oleh asteroid atau meteor besar yang telah mengakibatkan kemusnahan dan kepupusan dinosor. Impak dari hentaman asteroid ini masih lagi boleh di temui di serata dunia. Antara yang teman nak kongsikan di sini info dari National Geography.
Inilah antara sepuluh impak asteroid terbesar yang diketahui:
Data komputer : Juga dikenali sebagai Vredefort Dome, kawah Vredefort yang mempunyai radius anggaran 118 batu (190 kilometer), menjadikannya struktur kesan yang diketahui terbesar di dunia. Kawah ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2005.
Gambar kesan impak di bawah di ambil oleh STS-51-I
Tarikh impak asteroid : Anggaran 1.8 bilion tahun yang lalu
Lokasi : Ontario, Kanada
Spesifikasi : Lembangan Sudbury dianggap sebagai salah satu struktur impak terbesar di Bumi, dengan anggaran diameter 81 kilometer (130 kilometer).Dating kembali 1.8 bilion tahun, ia juga merupakan salah satu struktur impak tertua di dunia.
Imej dibawah diambil dari NASA World Wind satellite.
Tarikh impak asteroid : Anggaran 580 juta tahun yang lalu
Lokasi : Australia Selatan, Australia
Spesimen : Terletak di dalam yang sekarang dikenali sebagai Lake Acraman. Struktur impak ini mempunyai diameter yang dianggarkan 56 batu (90 kilometer). Klik disini untuk melihat imej dari Google earth.
Tarikh kesan asteroid : Anggaran 364 juta tahun yang lalu
Lokasi : Australia Barat, Australia
Spesifikasi : Kawah ini tidak terdedah di permukaan dan telah menyebabkan banyak percanggahan mengenai saiz sebenarnya. Laporan mengenai diameternya berbeza dari 25 hingga 75 batu (40 hingga 120 kilometer).
Tarikh impak asteroid : Anggaran 215 juta tahun yang lalu
Lokasi : Quebec, Kanada
Data komputer : Ini kesan kawah hentaman meteor yang kini membentuk Lake Manicouagan . Walaupun dengan hakisan, ia dianggap sebagai salah satu kawah terbesar dan paling terpelihara di Bumi, dengan anggaran diameter 62 batu (100 kilometer).
Tarikh impak asteroid : Anggaran 145 juta tahun yang lalu
Lokasi : North West, Afrika Selatan
Spesimen : Terletak berhampiran Gurun Kalahari di Afrika Selatan, kawah ini mengandungi sisa - sisa fosil dari meteorit hasil dari impak tersebut. Kesan impak tersebut terbenam di bawah gurun Kalahari.
Gambar ehsan Wikipidia. Ini adalah imej yang dihasilkan melalui analisa data komputer.
Tarikh impak asteroid : Anggaran 70.3 juta tahun yang lalu
Lokasi : Nenetsia, Rusia
Spesifikasi : Kini sangat terhakis, kawah Kara adalah struktur impak yang tidak terdedah di Rusia. Ada yang mendakwa bahawa struktur impak sebenarnya terdiri daripada dua kawah bersebelahan, Kawah Kara dan Kawah Ust-Kara.
Kawah kawah terletak di hujung tenggara Semenanjung Yugorsky. Kajian masih di lakukan oleh para pengkaji untuk menentukan saiz sebenar impak meteor ini di sebabkan kesan impak tersebut telah terjejas.
Tarikh impak asteroid : Anggaran 65 juta tahun yang lalu
Lokasi : Yucatรกn, Mexico
Spesimen : Terletak di Semenanjung Yucatan di Mexico, banyak ahli sains percaya bahawa meteorit yang meninggalkan kawah ini menyebabkan atau menyumbang kepada kepupusan dinosaurus . Anggaran jarak diameternya adalah dari 106 hingga 186 batu (170 hingga 300 kilometer), yang jika terbukti betul boleh bermakna ia adalah yang terbesar. Impak dari Chicxulub ini tidak kelihatan di permukaan bumi kesan perubahan sekeliling. Impak tersebut menyebabkan kemusnahan besar di sekitar lokasi hentaman pada jarak 180KM hingga 240KM dan anggaran kedalaman impak 900 meter.
Tarikh kesan asteroid : Anggaran 35.7 juta tahun yang lalu
Lokasi : Siberia, Rusia
Spesimen : Para saintis Rusia mendakwa bahawa tapak kawah ini mengandungi triliunan karat berlian, menjadikannya salah satu deposit berlian terbesar di dunia. Berlian ini telah dirujuk sebagai "berlian impak."
10. Kawah Chesapeake Bay (Chesapeake Bay Crater) Sehingga 1983, tiada siapa yang mengesyaki adanya sebuah kawah besar yang terkubur di bawah bahagian bawah Chesapeake Bay dan semenanjung sekitarnya.
Tarikh impak asteroid : Anggaran 35 juta tahun yang lalu
Lokasi : Virginia, Amerika Syarikat
Spesifikasi : Ditemui pada awal 1980-an, Chesapeake Bay Crater terletak kira-kira 125 batu (201 kilometer) dari Washington, DC. Beberapa anggaran menunjukkan kawah ini adalah 53 batu (85 kilometer) luasnya.
So, itulah antara kesan-kesan akibat hentaman meteor yang menjadi salah satu punca kepupusan dinosor. Ada juga terfikir, semasa zaman dinosor tu, manusia sudah mudah wujud ke di muka bumi nie?
Perkongsian video dari YouTube. Ketika ini, terdapat satu asteroid yang di kenali BA5 yang sedang menghampiri planet bumi dengan kelajuan 20,000MPH. Asteroid ini di anggarkan 22 hingga 50 meter. Pada 8 February, 2019 BA5 telah di kesan menghampiri bumi pada jarak 5,333,654 kilometer. Info ini di petik dari asteroidsnear.com. Jom layan perjalanan menuju ke planet Marikh atau Mars. Bila agaknya manusia pertama akan menjejak kaki di planet Marikh nie ye.