Saturday, February 16, 2019

Kuliah : Nikmat dan musibah

Dalam entry kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan nikmat dan musibah.

Firman Allah SWT :-

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ

Ertinya : Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana buruk yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. (An-Nisa :79)

Solat

Gambar ehsan Google.

Memang benar, semua yang baik dan buruk yang berlaku adalah dari izin Allah swt namun cara beraqidah yang diajar oleh Alulah swt adalah seperti dalam ayat di atas, apa-apa yang baik dan nikmat yang kamu perolehi, banyak-banyak kaitkan dan ingatkan ia datang dari kurniaan Allah swt. Ini kerana manusia sering melupakan Allah swt apabila mendapat kenikmatan lalu menisbahkan kenikmatan itu hanya kepada dirinya semata lalu sombong dan tiada bersyukur.

Kemudian, apabila kamu ditimpa musibah atau melakukan DOSA, Allah swt mahu kita memahami itu adalah disebabkan oleh kesalahan dan PILIHAN kita sendiri sama ada datang dari hati yang lemah iman atau korupsi dalam menjalani kehidupan dunia. Musibah yang diturunkan oleh Allah itu adalah hasil fitrah alam serta hukuman atas kesalahan pelaku dosa sendiri.

Justeru, JANGAN SEKALI menyalahkan Allah swt atau berselindung di sebalik nama ALLAH s.w.t apabila kita melakukan dosa dan ditimpa musibah buruk kerananya. Salahkan diri sendiri, BERMUHASABAH dan bertaubatlah.

Allah s.w.t itu maha pengampun, namun Dia juga maha pedih azabnya.

#DrZaharuddinAbdRahman


5 comments :

  1. Moga kita manusia sentiasa beringat dan berwaspada pada setiap perbuatan yang ingin dilakukan.

    ReplyDelete
  2. saya adalah insan yang sentiasa dipagari dengan dosa semalam dan kini..

    namun tetap berusaha memperbaiki diri selagi ada masa sebelum dipanggil Illahi

    ReplyDelete
  3. Kita patut bersyukur apabila diturunkan nikmat.
    Bersangka baiklah bila ditimpa musibah pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  4. kita ni cuma hamba je mmg layak kena uji dan ditimpa musibah

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...