Dalam perkongsian yang lepas, teman pernah kongsikan "5 perkara yang perlu di lakukan sebelum tidur." Kome boleh klik disini untuk membaca entry tersebut.
Tidur Berwuduk Ditemani Malaikat
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: طَهِّرُوا هَذِهِ الْأَجْسَادَ طَهَّرَكُمُ اللهُ فَإِنَّهُ لَيْسَ عَبْدٌ يَبِيتُ طَاهِرًا إِلَّا بَاتَ مَعَهُ مَلَكٌ فِي شِعَارِهِ لَا يَنْقَلِبُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلَّا قَالَ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا.
Dari Ibnu Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sucikanlah badan-badan kalian, semoga Allah mensucikan kalian, kerana tidak ada seorang hamba pun yang tidur malam dalam keadaan suci (berwuduk) melainkan Malaikat akan bersamanya di dalam syi’aar (pakaiannya), dia tidak membalikkan badannya di waktu malam tersebut melainkan Malaikat akan berdoa untuknya: ‘Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, kerana ia tidur malam dalam keadaan suci.’” (HR at-Tobarani di dalam kitab al-Ausath dengan sanad jayyid.” (Ibid, I/409).
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar adab sebelum tidur agar membersihkan badan dari hadas serta berwuduk.
2. Orang yang bersih dari najis dan berwuduk ketika tidur, Malaikat akan bersama sebagai teman dengannya sepanjang ia tidur.
3. Malaikat yang diutus oleh Allah SWT memohon ampunan untuknya setiap kali ia membalikkan badannya pada malam tersebut dan ketika ia bangun dari tidurnya.
4. Malaikat berdoa untuk orang yang bersih dan bersuci semasa tidur:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا
‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan ini kerana tidur dalam keadaan suci.'
5. Al-Hafidz Ibnu Hajar menjelaskan beberapa manfaat berwuduk sebelum tidur antaranya orang yang tidur dalam keadaan suci, jika kematian menjemputnya, dia berada dalam keadaan sempurna. Manfaat lain adalah untuk mengundang mimpi yang baik, dan dijauhkan dari permainan syaitan ketika tidur. (Fathul Bari, 11/110).
Tidur seorang mukmin itu jg satu ibadah..
ReplyDeleteInsya allah akan mama amalkan tq
ReplyDeletehrp tidur sy ditemani malaikat walaupun kdg2 tidur tak hingat dunia ;-)
ReplyDelete