4DX cinema nie bukan benda baru di Malaysia. Baru tak baru jugak la, dalam setahun lebih gitu. 4DX cinema nie mengunakan teknologi dari Korea Selatan. 4DX cinema pertama di lancarkan di GSC Paradigm Mall, Johor Bharu. Buat masa ini, di Lembah Klang 4DX cinema ni hanya ada di GSC One Utama. Itu pun, selepas hampir setahun pelancaran pertamanya di Johor Bharu. Klik disini untuk membaca sisipan berita tersebut. Teman nie je yang baru ada kesempatan nak mencuba menonton di 4DX cinema nie.
Itu pun untuk memenuhi pemintaan anakanda Aisar. Punyalah gigih Aisar meng Google cari info pasal 4DX cinema nie. Siap explain kat papa dia nie yang tak ambil tahu sangat pasal dunia hiburan nie. Ok, untuk Aisar, papa sanggup buat apa saja. Selalu tu, teman booking tiket wayang GSC panggung standard je. Ada sekali tu, teman book GSC ATMOS cinema untuk menonton filem Avengers End Game.
Untuk first time menonton di 4DX cinema nie, teman book filem Jumanji : The Next Level, tayangan pertama pukul 10.40 pagi. Punya la gigih bangun awal pagi. 8.30 pagi bertolak dari rumah ke One Utama. Nak jadi cerita, ini adalah kali pertama teman ke One Utama. Bukan apa, teman nie jenis yang malas nak bersesak-sesak kat tempat yang crowded macam One Utama nie. Ok, teman sampai di One Utama nie dalam pukul 9.45 pagi. Kalau ikutkan sampai awal, tapi di sebabkan terlepas simpang masuk, terpaksalah berpusing jauh sket. Apa pun, masih lagi tiba awal dan sempatlah breakfast di KFC sementara menunggu waktu boarding.
Satu hal juga lah. One Utama nie kan agak besar. Orang kata, "malu bertanya, sesat jalan". So, teman tanyalah pada security lokasi panggung GSC nie. Jalan punya jalan, akhirnya jumpa jugalah.
Masih awal lagi. So, sempat la nak snap gambar spot yang menarik di GSC One Utama nie. Well, personally not bad. Di One Utama nie ada pelbagai panggung. Ok la, next time boleh cuba panggung lain pulak.
Sempat lagi beberapa gambar untuk entry nie sebelum masuk panggung.
Agak teruja juga bila masuk ke panggung 4DX nie. Susunan seat pun sangat berbeza dari panggung biasa.
Gambar ehsan Google.
Setiap seat boleh bergerak mengikut mod filem tersebut. Siap ada side effect lagi seperti tempias air, angin atau salji. Mode side effect air boleh di ON atau OFF di control panel seat.
Tak semua filem ada di tayangkan di panggung 4DX nie. Hanya filem-filem tertentu sahaja yang ada. Memang best kalau menonton filem-filem aksi di panggung 4DX nie. Kalau bawa anak-anak lagi best, seronok dia orang...
Seat di panggung 4DX nie pun selesa. Pergerakkan seat bergantung kepada jalan cerita. Jadi, hati-hati kalau nak makan tu. Risau ada yang tercampak ke belakang pulak nanti...
Apa pun memang best sangat menonton di panggung 4DX nie... Kalau nak menonton filem aksi lagi nanti teman akan datang lagi kat sini.

No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...