Monday, November 11, 2019

Kaya vs Miskin

Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan si ayah bertanya, "Apa pandangan kamu tentang kembara kita?"

"Seronok!" Jawab anaknya.

"Sekarang, mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan?"

"Ya," jawab anaknya ceria.

"Nah sekarang, apa yang kamu belajar daripada semua ini?"

Kaya vs Miskin

Gambar ehsan Google.

Si anak menjawab, "Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan. Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yang jernih dan airnya mengalir untuk mereka mandi. Kita ada lampu import yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu bersantai di halaman rumah pada malam hari..."

Si ayah ingin menyampuk namun si anak meneruskan, "Kita ada jalan berturap tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang. Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria ketika berhidmat dan menberi pertolongan kepada orang lain. Kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan. Kita ada penjaga yang menjaga harta kekayaan kita... tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka."

Si ayah semakin terdiam apabila anaknya menambah, "Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!"

๐Ÿ‘‰Pengajaran๐Ÿ‘:

Kekayaan sebenar letaknya di hati yang bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yang kita miliki tetapi kerana apa yang kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih gembira daripada menerima.

Kita perlu bersyukur atas apa yang kita ada... Allah berikan kepada kita apa yang kita perlukan... Bukan apa yang kita minta... Jom bersedekah...! Tidak akan miskin orang yang bersedekah...


3 comments :

  1. kaya adalah nikmat terbesar selepas iman dan kesihatan.

    miskin juga nikmat kerana jika tiada orang miskin adalah sukar untuk orang kaya menyumbang zakat dan sedekah agar kekayaan terus melimpah hingga ke jannah.

    nak kaya jom sedekah kerana kaya bukan sekadar harta benda dan wang ringgit tetapi kaya hati dengan nilai murni macam tuan punya blog ini..

    teman cuma bagi pandangan je hehehehe

    ReplyDelete
  2. beryukur apa yang ada sebab Allah tahu apa yang kita perlukan :)

    ReplyDelete
  3. Wow.. twisted..sebab Tu jgn perasan Kita ni Kaya.. sebenarnya Kita muslin. Nasi baik MMA ni sederhana saja. Alhamdulillah serba cukup

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...