Monday, November 25, 2019

Tips untuk penguna SmartTAG

PERNAHKAH kome mengalami sebarang masalah ketika menggunakan lorong tanpa tunai atau lebih dikenali sebagai lorong SmartTAG? Jika SmartTAG anda gagal berfungsi apa yang perlu dibuat? Teman pun pernah juga sesekali SmartTAG gagal berfungsi. Mungkin system failure kot.

Dah namanya tinggal dan bekerja di Lembah Klang. Memang hari-hari dok mengadap tol nie. Kalau jalan yang tidak bertol, confirm la jem bangat. Mau berjam-jam dok mengadap jom. So, apa pilihan yang ada? Terpaksa la mengadap bayar tol setiap hari. Masa PRU lepas, dalam menifesto Pakatan Harapan janji nak menghapuskan tol. Nampaknya janji tinggal janji laa kome... Cakap-cakap orang politik nie bukan semua nya boleh di percayai... Labun je lebih... Ate nak buat macam manakan... Janji di capati... Kena tipu lah mereka yang pangkah Pakatan Harapan (PH) masa PRU lepas.


Untuk entry hari ini, teman bukan nak sembang pasal politik. Tapi, teman nak kongsikan tips atau apa yang kome perlu buat kalau sangkut kat lorong SmartTAG.

Seperti biasa, mencegah adalah lebih baik. So, tips yang pertama adalah sebelum pemanduan.

  1. Pastikan bateri unit SmartTAG mencukupi.
  2. Alat SmartTAG mestilah berfungsi dalam keadaan baik.
  3. Pastikan baki kredit Touch 'N Go mencukupi.
  4. Pastikan kedudukan alat SmartTAG berada pada kedudukan yang betul supaya mudah diimbas oleh sensor ketika melalui lorong SmartTAG.

SmartTAG - baki kredit

Tips yang kedua, apabila SmartTAG gagal berfungsi.

  1. Perlahankan kenderaan kome dan jangan panik
  2. Betulkan kedudukan SmartTag supaya mudah dibaca oleh mesin pengimbas
  3. Undur perlahan-lahan kenderaan anda supaya SmartTAG dapat di imbas sekali lagi
  4. Jika SmartTag masih gagal berfungsi, undur sekali lagi dan rapatkan kenderaan di bahagian kanan supaya mesin boleh mengesan kad Touch & Go sebagai alternatif kedua.
  5. Turunkan cermin kenderaan dan sentuh kad Touch & Go pada panel sentuh yang terdapat dibahagian kanan plaza tol dan pandu seperti biasa apabila palang di buka.
  6. Jika masih gagal, tekan butang bantuan yang terdapat pada panel Touch & Go dan dapatkan bantuan daripada juru tol.
SmartTAG - bateri

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


9 comments :

  1. smart tag device not so smart. lepas tukar bateri, lansung tak boleh detect. nak check balance pun tak display..Ada satu batch devide smart tag yang dikeluarkan agak bermasalah katanya..bertabahlah jadi camtu.

    ReplyDelete
  2. stress tol kalau hadap jem hari hari..nak pulak kalau terlewat bagun..haruuu

    ReplyDelete
  3. hahhaa..tempat saya tiada smart tag

    ReplyDelete
  4. so far sy masih gn kad tng sbb dia nk expired bln 7 thn dpn. mgkn lps ni boleh tkr ke smarttag kot. thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  5. Pernah jugak try guna smarttag, tapi taktahu ada tips terselindung gini heheheh thankyou untuk info :p

    ReplyDelete
  6. Pernah jugak Smart tag husband problem tapi tulah husband cool aje buat apa yang patut kalau Mrs. A sure panic.
    Mrs. A ada TnG je

    ReplyDelete
  7. masih old skool..guna touch n go...hihi..

    ReplyDelete
  8. Seram gak kalau tetiba smart tag Ada hal masa Di lorong tu

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...