Pada suatu hari Rasulullah s.a.w duduk bersama sahabat-sahabatnya dan bertanya kepada mereka dan dimulakan pertanyaan kepada Sayyidina Abu Bakar r.a: "Apa yg kamu suka dari dunia ini?" Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar r.a
Aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. Duduk-duduk bersamamu ya Rasulullah
2. Melihat wajah Mu ya Rasulullah
3. Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah "
Lalu Rasulullah s.a.w bertanya dengan Sayyidina Omar r.a. "Bagaimana pula dengan mu ya Omar?" Jawab Omar:
Ada 3 perkara juga yang aku suka:
1. Membuat kebaikan walaupun di dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan
3. Berkata yang benar walaupun pahit
"Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?" Berkata Sayyidina Uthman r.a
Ada 3 perkara yang aku suka:
1. Memberi makan
2. Memberi salam
3. Bersolat malam di waktu manusia tidur
"Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?"
Aku juga cintakan 3 perkara:
1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dengan pedang
Kemudian bertanya Rasulullah s.a.w pada Abu Dzar "Apa yang kamu suka di dunia ini?" Berkata Sayyidina Abu Dzar r.a
Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.Lapar
2.Sakit
3.Mati
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?" Berkata Sayyidina Abu Dzar r.a,
"Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. Aku sukakan sakit karena untuk mengurangkan dosa-dosaku. Aku sukakan maut kerana untuk bertemu dengan Tuhanku"
Kemudian bersabdalah Rasulullah s.a.w :
Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1. Wangi-wangian
2. Wanita yang solehah
3. Solat menjadi penyejuk hatiku
Kemudian di waktu itu turunlah Malaikat Jibril As memberi salam pada Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Kemudian Malaikat Jibril a.s mengatakan
Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:
1. Menyampaikan risalah
2. Menunaikan amanah
3. Cinta terhadap orang miskin
Kemudian Malaikat Jibril a.s naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan berkata
Sesungguhnya Allah s.w.t mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah s.w.t berkata; Sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1. Lidah yang sentiasa berzikir
2. Hati yang sentiasa khusyuk
3. Jasad yang sabar menanggung ujian.
perkongsian yang bagus..Thank you
ReplyDelete