Monday, September 18, 2017

10 taufan paling ganas

Kome tau tak, taufan pun ada nama mereka sendiri. Dalam entry nie, teman kongsikan sisipan dari akhbar Mingguan Malaysia berkenaan 10 taufan yang paling ganas pernah melanda dunia ketika ini.

Taufan

Gambar ehsan Google.

1. Taufan Agong
Mengikut rekod, Taufan Agung 1780 adalah taufan yang paling banyak mengorbankan mangsa dalam sejarah. Taufan tersebut juga dikenali sebagai Huracan San Calixto, Great Hurricane of the Antilles dam Bencana 1780. Dikatakan sekitar 22,000 orang terbunuh apabila taufan tersebut melalui Antilles Kecil dari 10 hingga 16 Oktober 1780. Meskipun tidak ada banyak data direkodkan, apa yang diketahui adalah taufan tersebut melanda beberapa kepulauan Caribbean termasuk Barbados, Martinique dan St. Lucia dalam tempoh enam hari. Mengikut catatan seorang saksi kejadian, betapa dashyatnya taufan itu sehingga kulit pokok terc abut. Berdasarkan penerangan itu, sesetengah pihak mengandaikan kelajuan angin melebihi 321.8 kilometer sejam.

2. Mitch
Walaupun Taufan Mitch kurang mendapat Iiputan (11 AS berbandmg Sandy dan Katrina, angka korban dan kemusnahan akibat taufan itu mengatasi taufan-taufan popular lain. Taufan itu mengorbankan 19,325 orang dan menyebabkan kemusnahan prasarana dan tanaman bernilai1 AS$6.2 bilion. Mitch yang merupakan taufan kategori lima, melanda dari 22 Oktober hingga 9 November 1998. Kawasan yang terjejas termasuk Florida, Honduras, Nicaragua, Amerika Tengah dan Semenanjung Yucatan di Mexico.

3. Taufan Galveston Agung 1900
Lebih di kenali sebagai The Great Storm of 1900, Taufan Galveston adalah taufan kategori empat yang melanda dari 27 Ogos hingga 17 September 1900. Taufan itu menyebabkan tanah runtuh di Galveston, Texas, AS pada 8 September 1900. Antara 6,000 dan 12,000 orang terkorban akibat taufan itu dengan nilai kerosakan pada masa itu adalah sebanyak AS$21 juta atau, bersamaan AS$605 juta dalam kadar tukaran sekarang (17 September 2017).

4. Katrina
Taufan Katrina terbentuk pada 23 Ogos dan menyurai pada 31 Ogos 2015. Pada 26 Ogos 2015, Katrina seakan-akan melemah tetap kembali menguat sehingga mencapai kategori lima di Pantai Teluk AS. Apabila Katrina sampai ke New Orleans, paras air meningkat menyebabkan sistem tebatan banjir pecah lalu berlaku banjir sehingga 80 peratus kawasan bandar itu dinaiki air. Secara keseluruhannya, Katrina mengorbankan 1,833 nyawa dan menyebabkan 400,000 orang kehilangan tempat tinggal. Dengan nilai kemusnahan AS$108 bilion, Katrina dianggap sebagai taufan yang menyebabkan nilai kerosakan paling tinggi dalam sejarah AS dan paling ganas dalam abad ke.21.

5. Taufan Hari Buruh Florida 1935
Taufan kategori lima itu merupakan yang paling kuat pernah melanda AS pada abad ke-2O dengan membawa angin selaju 320 kilometer sejam sehingga membunuh 400 orang. Nilai kerosakan di AS, dianggarkan AS$6 juta. Taufan ini dikenali sebagai “Taufan Hari Buruh” kerana amalan menamakan ribut hanya bermula pada 1953.

Kategori taufan

6. Gilbert
Dengan diameter 926 kilometer, Taufan Gilbert mempakan antara taufan terbesar pemah dilihat di Atlantik. Selepas mencapai kategori lima pada September 1988, Gilbert menyelubungi hampir keseluruhan Jamaica dan merosakkan hampir 80 peratus kediaman. Ribut itu kemudian bergerak Kepulauan Cayman dan Mexico sebelum melemah dan menyeberang ke Texas. Taufan itu menyebabkan 318 kematian.

7. Camilie
Selepas terbentuk berhampiran Kepulauan Cayman pada Ogos 1969, ribut pada kategori tiga melalui Cuba dan menguat ketika menuju ke Mississippi, AS. Ia melemah kepada ribut tropika sebelum sampai di Virginia tetapi Camille terus menghamburkan hujan lebat menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. Camille mengorbankan 256 penduduk dan nilai kemusnahan AS$1.4 billon. Taufan itu memainkan peranan penting dalam penciptaan Skala Angin Taufan Safir-Simpson yang mengkelaskan ribut dan kategori satu hingga kategori lima.

8. Sandy
Taufan Sandy terbentuk pada 22 Oktober 2012 dan menyurai pada 2 November 2012. Walaupun hanya kategori tiga, Sandy memrupakan taufan paling ganas dalam musim taufan Atlantik 2012. Sandy memusnah dan merosakkan kira—kira 650,000 buah rumah di kawasan Tlmur Laut AS dan membunuh 233 orang termasuk 117 orang di AS dan 69 orang di Kanada dan Caribbean. Nilai kemusnahan keseluruhan adalah AS$75 bilion.

9. Hugo
Taufan Hugo terbentuk di timur Lautan Atlantik berhampiran Kepulauan Cape Verde pada 9 September 1989. Taufan itu menyebabkan 107 kematian termasuk 34 orang di Caribbean dan 27 orang di Carolina Selatan manakala hampir 100,000 penduduk kehilangan tempat berteduh. Sebahagian besar mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik dan lemas. Dengan nilai kemusnahan AS$10 bihon, Hugo merupakan taufan yang menyebabkan kerugian paling besar pada masa itu.

10. Andrew
Pada awalnya, Taufan Andrew dianggap sebagai lemah ketika ia terbentuk di Lautan Atlantik pada 16 Ogos 1992. Namun Andrew kemudian mencapai kategori lima dan menyebabkan kemusnahan yang besar di Bahamas dan beberapa kawasan di selatan AS terutamanya Flonda Selatan dan Louisiana. Di seluruh kawasan terlibat, hampir 177,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan nilai kerugian keseluruhan antara AS$26.5 bllion dan AS$34 bilion. Amaran awal yang dikeluarkan bagi mengarahkan penduduk berpindah berjaya meminimumkan - angka korban kepada 65 orang.

*Perkongsian dari petikan Mingguan Malaysia, Ahad 17 September, 2017

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...